Saturday 5 January 2013

DS @ismailsabri60 : Bank Rakyat Labur RM2.59 Juta Buka Tujuh Bank Bergerak Di Luar Bandar -

BERA, 6 Jan (Bernama) -- Bank Rakyat melabur RM2.59 juta bagi menyediakan khidmat tujuh buah bank bergerak untuk kemudahan para pelanggan yang tinggal di kawasan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkhidmatan terbaharu bank itu merupakan satu lagi inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan perbankan kepada rakyat.
"Konsep bank bergerak dan turun padang ini dapat membantu pelanggan dan orang ramai melakukan pelbagai tranksaksi perbankan seperti membuka akaun simpanan, pengeluaran tunai, pembayaran pinjaman, khidmat nasihat perbankan dan sebagainya.

"Bank bergerak ini dilengkapi dengan peranan jalur lebar dan disk satelit bagi menjalankan urusan niaga dalam talian," katanya selepas melancarkan bank bergerak Bank Rakyat di Felda Bukit Mendi, Bera hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Pengarah Urusan Datuk Yusoff Abdul Rahman.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bera, berkata perkhidmatan itu juga akan diadakan di Sebertak, Lanchang dan Kuala Krau.


No comments:

Post a Comment