Tuesday 31 July 2012

Sembilan Lagi Koperasi Di Bawah Angkasa Terima Sijil Pematuhan Syariah

KELANA JAYA, 31 Julai (Bernama) -- Sembilan lagi koperasi di bawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) menerima Sijil Pematuhan Syariah.
 

Sijil itu diserahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum majlis berbuka puasa bersama 700 anggota koperasi di sini.

Presiden Angkasa Profesor Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata sebelum ini, enam koperasi yang didapati mematuhi peraturan syarak telahpun menerima sijil itu.

Beliau berkata sijil itu dikeluarkan dengan kelulusan jawatankuasa syariah Angkasa, yang dianggotai enam pakar perbankan Islam.

"Sijil itu merupakan perakuan bahawa tranksaksi dan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi berkenaan adalah selari dengan garis panduan syariah," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment