KUCHING, 26 Julai (Bernama) -- Regata Sarawak 2012 yang dijadual dari 14
hingga 16 Sept ini di Sungai Sarawak, dijangka lebih mencabar kerana
jarak perlumbaan dipanjangkan kepada 2,000 meter berbanding 1,800 meter
sebelum ini.
Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Datuk Ik Pahon Joyik
berkata sebanyak 15 kategori perahu panjang dipertandingkan bagi mencari
"Raja Sungai".
"Regata Sarawak yang bertemakan 'The Race For Peace' kali ini bukan
sekadar membabitkan penyertaan pelumba tempatan serta beberapa pasukan
dari negara jiran, tetapi akan dimeriahkan lagi dengan penyertaan
pelancong asing untuk beberapa ketegori khas," katanya kepada pemberita,
di sini pada Khamis.
Beliau berkata regata kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM180,000.
Pendaftaran dibuka bermula 1 Ogos ini dan berakhir pada 30 Ogos, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment