ALOR SETAR, 26 Julai (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah menganjurkan program 'Jom Beli
Barangan Raya 2012', selama lima hari bertempat di Stadium Sultan Abdul
Halim, Jalan Suka Menanti, di sini.
Program bermula semalam itu menawarkan pelbagai barangan terus dari kilang dengan harga murah khusus bagi orang ramai membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Pengarahnya, Mohd Sakri Saleh berkata program itu bertujuan membantu usahawan dan pengedar tempatan menjana pendapatan selain memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan musim perayaan.
"Barangan yang dijual dijamin berkualiti dan murah antaranya pakaian dan aksesori raya, hiasan rumah, barang elektrik, perabot dan kuih raya," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, pada Khamis.
Menurut Mohd Sakri, selain gerai jualan, perkhidmatan kaunter turut disediakan termasuk kaunter aduan pengguna, skuad pengguna, pendaftaran syarikat dengan yuran serendah RM50 untuk tempoh lima tahun oleh Suruhanyaja Syarikat Malaysia.
Katanya, sebanyak 1,000 bungkus bubur lambok akan diedarkan kepada pengunjung Sabtu ini.
Sambutan amat mengalakkan dengan kehadiran 1,000 pengunjung pada hari pertama pada Rabu dan jumlah tersebut dijangka meningkat pada Khamis, katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment