Friday 20 July 2012

Mara Peruntuk RM11 Juta Pinjaman Kepada Usahawan Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 20 Julai (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (Mara) memperuntukkan sebanyak RM11 juta untuk pelbagai pinjaman perniagaan kepada usahawan bumiputera di Pulau Pinang tahun ini.

Pengarah Mara Pulau Pinang Yahaya Sani berkata setakat ini sebanyak RM4.8 juta daripada peruntukan yang disalurkan itu telah diberikan kepada 56 usahawan bumiputera di negeri ini.

"Daripada kesemua peruntukan untuk tahun 2012 itu, sebanyak RM6 juta untuk membantu pemborong binaan dan usahawan, RM4 juta (Skim Jaminan Usahawan Mara (SJUM) dan RM1 juta bagi pelbagai jenis perniagaan lain.

"Selain itu, Mara turut memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi pinjaman Usahawan Kecil Dinamik (UKD) dan RM1.82 juta telah diberikan kepada 256 usahawan UKD di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Mara di sini Jumaat.

Majlis itu dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment