Wednesday, 27 June 2012

Usaha Kerajaan Bangunkan Masyarakat Orang Asli Risaukan Pembangkang

MARAN, 27 Jun – Walaupun masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di negara ini namun kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib kaum pri bumi ini. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan bagi memastikan nasib orang asli terus terbela dan kehidupan mereka berubah.
Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (JHEOA), setakat ini terdapat 14q,230 Orang Asli di Semenanjung Malaysia di mana Pahang mencatat penduduk Orang Asli paling ramai iaitu 50,792 orang.
Kerajaan sentiasa berusaha keras memberikan yang terbaik kepada masyarakat Orang Asli walaupun ianya sentiasa tidak disenangi oleh pakatan pembangkang. Ini kerana pembangkang merasakan usaha kerajaan itu akan menyukarkan usaha mereka untuk memanipulasi kaum ini untuk terus membenci kerajaan.
Namun ini semua tidak menjadi halangan untuk kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN)mengubah kehidupan Orang Asli dan mengikis tanggapan stereotaip terhadap mereka yang sering dilabel sebagai mundur, ketinggalan zaman dan pemalas.
Menurut Ahli Parlimen Maran Datuk Ismail Abdul Muttalib, tindak tanduk pembangkang yang memandang sinis usaha kerajaan membangunkan masyarakat Orang Asli memperlihatkan kebimbangan mereka terhadap arah tuju sokongan kaum itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang sudah tidak lama lagi.
Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab katanya, BN tidak akan meminggirkan mana-mana etnik untuk menikmati kemajuan negara.
Tambah beliau, usaha murni kerajaan dalam membela nasib masyarakat Orang Asli akan diteruskan walaupun tidak disenangi pembangkang yang bimbang sokongan padu etnik itu kepada kerajaan.
“Kerajaan memberi jaminan usaha mendekati etnik Orang Asli tetap dipertingkatkan supaya masyarakat itu lebih berdaya saing dan berminda terbuka.
“Masalah tempat kediaman, aktiviti ekonomi dan penyediaan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya akan dipertingkatkan lagi,” katanya selepas merasmikan Program Santai Sukan Rakyat Puteri UMNO Bahagian Maran Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Batu 55, baru-baru ini.
Menurutnya Ismail, kemudahan infrastruktur dan peningkatan taraf sosioekonomi serta pendidikan masyarakat Orang Asli jauh lebih baik berbanding dekad lepas.
Malah ujar beliau, sudah semakin ramai anak Orang Asli mengikuti pengajian di universiti tempatan dan berjawatan profesional.
“Oleh itu, masyarakat Orang Asli perlu menunjukkan sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding pembangkang yang sanggup berjanji bulan dan bintang,” katanya.
Menurutnya, kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion sejak 2006 hingga sekarang bagi memastikan masyarakat Orang Asli di negara ini maju dan mampu bersaing dengan kaum lain.
Tegasnya, projek perumahan akan ditambah supaya keluarga Orang Asli mempunyai kediaman kekal sekali gus dapat mengelak budaya berpindah-randah. – MediaUMNO

No comments:

Post a Comment