SINGAPURA: Kes diplomat Singapura yang didakwa
terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada April akan ditangani oleh
kementerian dalam negeri kedua-dua negara.
Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Singapura dan Malaysia telah bersetuju kementerian masing-masing menangani perkara berhubung perhimpunan haram itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Penguatkuasaan Dadah antara Malaysia dan Singapura di sini, Selasa.
Hishammudin dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Singapura Teo Chee Hean menandatangani MoU itu bagi pihak kedua-dua kementerian di Kementerian Dalam Negeri Singapura.
Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Md Hussin Nayan.
Pada 22 Jun, Pesuruhjaya Tinggi Singapura Ong Keng Yong dipanggil ke Wisma Putra berhubung dakwaan penglibatan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi itu dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau telah memanggil Ong ke pejabatnya untuk menyampaikan rasa tidak senang kerajaan Malaysia berhubung penglibatan ketiga-tiga diplomat itu dalam perhimpunan itu. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment