PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahu menyaman
pemblog kontroversi, Papa Gomo atas alasan telah memfitnah beliau,
kononnya pernah dipecat oleh Petronas.
Menurut Rafizi, beliau telah mengarahkan peguamnya, Razlan Jalaluddin
untuk mengemukakan surat tuntutan terhadap Papa Gomo secepat mungkin
untuk memulakan proses undang-undang.
"Saya percaya Papa Gomo akan mencari pelbagai alasan untuk tidak
menerima surat tuntutan tersebut termasuk menafikan Wan Muhanad Azri Wan
Deris sebagai Papa Gomo.
"Malah tindakan mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen
Permatang Pauh juga adalah helah beliau untuk meletakkan orang lain yang
akan mengaku sebagai dirinya bagi mengelak tindakan saman ini," kata
beliau pada sidang media di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment