Tuesday, 29 January 2013

Rajagobal harap risikan di Bahrain berjaya

UALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad senior kebangsaan, Datuk K. Rajagobal berharap tinjauannya di Bahrain mampu membuahkan hasil menjelang kelayakan Piala Asia 2015 nanti.

Malaysia akan membuka kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar, 6 Februari depan.

Menurut Rajagobal, tinjauan di Bahrain telah memberi gambaran kepadanya terhadap kekuatan lawan Harimau Malaya.

"Saya ke Bahrain untuk melihat pasukan yang berada dalam kumpulan dengan Malaysia iaitu Bahrain, Yemen dan Qatar. Saya juga berkesempatan untuk melihat pasukan-pasukan lain dalam Piala Gulf," kata Rajagobal.

Pengendali berusia 57 tahun itu mengakui pasukan-pasukan terbabit berada di satu tahap yang berbeza dengan skuad negara.

Ia dibuktikan melalui beberapa aspek termasuk pengalaman pemain yang dimiliki, namun Rajagobal tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk Malaysia tidak mampu beri cabaran.

"Kita kena pergi dengan fikiran yang positif dan berkeyakinan. Saya mahu pemain mengunakan kesempatan ini kerana kita tidak akan dapat peluang bermain dengan pasukan-pasukan tersebut."

Rajagobal ditemui sebelum berangkat bersama 24 pemain ke Emiriah Arab Bersatu UAE, pagi Selasa.

Ia bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Iraq, Jumaat ini sebagai ujian pemanas badan menentang Qatar, lima hari kemudian.

No comments:

Post a Comment