KUALA LUMPUR – Faridah Maulud (gambar), 66, ibu yang ditinggalkan
anaknya di sebuah hotel bajet di ibu negara Mac lalu, meninggal dunia
akibat sakit tua, semalam.
Arwah yang uzur sejak kebelakangan ini
disahkan meninggal dunia di dalam tidur oleh anak tunggalnya, Amir Mohd
Omar, 27, jam 3.15 petang semalam ketika dia mengejutkan ibunya.
Arwah
menerima rawatan di Hospital Tanjung Karang minggu lalu akibat keuzuran
dan pulang ke rumahnya di Kuala Selangor beberapa hari lalu.
Ahli
perniagaan, Datuk Jamhuri Abdul Rahman yang juga bekas majikan anaknya
berkata, dia menerima panggilan daripada Amir sejurus selepas pemuda itu
menyedari ibunya tidak sedarkan diri.
“Saya meminta jiran untuk melihat keadaan arwah dan mereka dapati arwah sudah meninggal dunia,” katanya.
Akhbar
ini dalam laporan muka depannya 9 Mac lalu mendedahkan, Faridah
ditinggalkan berseorangan oleh anaknya di sebuah hotel dan dijaga
pekerja di situ yang kemudian membuat laporan polis.
Kisah warga
emas itu mendapat perhatian segera daripada Pengarah Jabatan Kebajikan
Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL), Noormah Abdul
Rauf yang kemudiannya menempatkannya di Pusat Sehenti JKM di Sungai
Buloh sehari selepas itu.
Simpati dengan keadaannya, Jamhuri
tampil memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan dengan menyediakan
sebuah rumah untuk Faridah di Kuala Selangor selain menawarkan pekerjaan
kepada Amir di kilang membuat besi keluli miliknya.
Jenazah Faridah dikafankan di rumahnya sebelum dibawa ke kampung halamannya di Pengerang, Johor untuk dikebumikan. (Harian Metro)
No comments:
Post a Comment