Wanita yang tidak dikenali itu berbaju merah dan berseluar biru, dikesan berjalan bersebelahan pembawa bendera kontinjen India, Sushil Kumar pada majlis berkenaan walaupun dia bukan sebahagian daripada atlit negara terbabit.
Pemangku chef-de-mission India, Muralidharan Raja mengkritik kejadian itu sambil menyifatkannya sebagai melanggar peraturan keselamatan walaupun wanita berkenaan tidak memakai lencana mana-mana negara.

"Dia tidak mempunyai urusan di sana. Jelas ia adalah kes pencerobohan dan kami akan bawa perkara ini kepada penganjur," kata Raja. - AFP