Wednesday 27 March 2013

MSO Tiada Bukti Tuduh ISMA Terima Dana UMNO


 – Penulis politik, Mohd Sayuti Omar tidak mempunyai bukti bahawa ISMA terima dana UMNO seperti yang ditulis dalam tulisan di blognya sebelum ini.
Sejak awal ucapannya sehingga tamat wacana, beliau tidak mengemukakan walau satu bukti bahawa ISMA menerima dana daripada parti UMNO.
Sebaliknya, beliau hanya mengelak dengan memberikan hujah bahawa apa yang beliau tulis sebelum ini hanyalah persepsi yang tidak membawa erti sebarang pertuduhan.
“Saya tidak menuduh ISMA. Saya tidak katakan secara direct bahawa Presiden ISMA Abdullah Zaik menerima wang daripada UMNO. Tetapi ia hanyalah sebuah persepsi, bukan tuduhan”, jelas Mohd Sayuti Omar kepada lebih 200 orang hadirin di Wacana PRU13: Benarkah ISMA terima dana UMNO di Danau Golf UKM.
Penganjuran wacana ringkas ini telah berjaya mencapai objektifnya apabila pihak yang dikatakan membuat tuduhan kepada ISMA seperti Mohd Sayuti Omar tidak mendatangkan sebarang bukti sebaliknya hanya membuat persepsi yang salah tentang ISMA.
Di samping itu, Ketua Biro Politik ISMA Tuan Haji Aminuddin Yahaya mengulangi penjelasan yang telah dibuat oleh Presiden ISMA sebelum ini bahawa dana politik ISMA datangnya daripada poket ahli yang sanggup bergadai harta demi kemenangan Islam.


Published by   

No comments:

Post a Comment