Wednesday 20 March 2013

MARI KITA KENALI ANGKATAN TENTERA KITA




Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia. ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama iaitu; Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang Pertama adalah.
Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa 1 Januari 1964-24 November 1969

Beliau juga merupakan anak buah Tunku Abd Rahman Perdana Menteri Malaysia yang pertama

Hari Angkatan Tentera Malaysia ditetapkan pada 16 September pada setiap tahun.

Organisasi

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT) berpangkat Jeneral, Laksamana atau Jeneral TUDM.
Beliau adalah ketua profesional ATM yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau memerintah dan mentadbir ATM melalui Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP).

Permulaan Angkatan Tentera Malaysia


Angkatan tentera kita bermula dengan 25 orang anak watan yang menganggontai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu 1 Mac 1933
Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya.


Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941

Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat (SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.

Sejarah Ketua Turus :

Panglima Angkatan Tentera Udara Malaya yang Pertama
Air Commodore A V R Johnstone
30 November 1957 - 4 September 1958

Panglima Angkatan Tentera Udara Malaysia, anak watan yang Pertama
Air Vice Marshall2 Dato' Sulaiman bin Sujak 1 November 1967 - 31 Disember 1976

Panglima Angkatan Tentera Laut Malaya yang Pertama
Commodore E D Norman
Royal Navy (dari British Royal Navy) 1957 - 1960

Panglima Angkatan Tentera Laut Malaysia, anak watan yang Pertama
Laksamana Muda Tan Sri Dato' Sri K Thanabalasingam 1967 – 1976

Panglima Angkatan Tentera Darat Malaya yang Pertama
Mejar Jeneral Dato' F H Brooke
11 Julai 1956-25 Oktober 1959

Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, anak watan yang Pertama

Mejar Jeneral Tunku Osman Tunku Mohammad Jewa
5 September 1962-31 Disember 1963

No comments:

Post a Comment