Selatan Thai dalam proses damai..! |
TRAGEDI pencerobohan
berdarah pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu sememangnya harus
dijadikan iktibar apatah lagi bila ada laporan yang mendedahkan bahawa
pencerobohan tersebut didalangi oleh orang-orang yang rakus ingin berkuasa
serta memanfaatkan slogan Matlamat Menghalalkan Cara dan lebih membimbangkan
kita bilamana ada tawaran-tawara tertentu diberikan oleh pembangkang kononnya
menjanjikan tanah serta wang ringgit kepada kumpulan pengganas tersebut
sekiranya mereka berjaya menakluk Sabah dan mereka pula berjaya menggulingkan
kerajaan.
Apa yang berlaku di Lahad
Datu ini seharusnya kita memalingkan muka untuk melihat kerana dibimbangi ada
pelampau-pelampau daripada Selatan Thai yang juga sedang berkira-kira untuk
melakukan tindakan yang sama seperti pengganas yang mendakwa Tentera Kesultanan
Sulu ini dan dalam masa yang sama,kita juga perlu berhati-hati dengan kumpulan
PATI dari Indonesia yang menyeludup bagi mencari rezeki di bumi Malaysia ini.
Kita jangan memandang lekeh
gerakan-gerakan yang sedang dirancang oleh pembangkang dalam negara kita dan
kedua-dua kelompok yang disebut ini harus diberikan perhatian khusus oleh
kerajaan dan tidak mustahil untuk mencapai matlamat mereka ini,ada
pendatang-pendatang dari Indonesia akan dijanjikan untuk diberikan kerakyatan
sekiranya mereka memerintah Negara ini sekiranya pendatang ini bersedia untuk
mengkacaubilaukan negara.
Kita sedar dalam usaha
pembangkang mahu menumbangkan Barisan Nasional terutama di PRU13 nanti,bukan
sekadar bantuan daripada Negara asing akan mereka minta tetapi mereka bersedia
untuk menggunakan apa sahaja cara termasuk merusuh dengan memperalatkan dua
kelompok yang disebutkan tadi dan pihak keselamatan harus meningkat serta
memperketatkan kawalan di sempadan Negara.
Apatah lagi difahamkan
seorang pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen kerap berulang alik ke
Selatan Thai untuk menyumbang dana kepada masjid-masjid di Selatan Thialan dan
jika diteliti rekod perjalanan, dua negara
iaitu Thailand dan Indonesia adalah negara yang paling kerap dikunjungi
terutamanya oleh Anwar Ibrahim.
Kita ada sebab untuk
mengsyaki sesuatu sedang dirancang oleh pembangkang apatah lagi dengan keadaan
pasukan keselamatan sedang berdepan dengan tentera gila Kiram,mereka mungkin
sedang melaksanakan plan baru apabila rancangan untuk menganggu gugat
kedaulatan Sabah berjaya dipatahkan oleh
pasukan keselamatan kita.
Sistem pesanan ringkas
berlegar sejak semalam kononnya Anwar akan melarikan diri sekali lagi apabila
terbongkar beberapa isu peribadinya dan difahamkan mangsa tersebut mengakui
suka sama suka dan andainya ini benar-benar terjadi maka penyokong-penyokong
beliau akan merusuh setiap hari sehingga hari PRU13 dan sekali lagi rakyat akan
digunakan seperti sebelum ini.
Sekiranya ini berlaku
bermakna pencerobohan berdarah di Lahad Datu dilakukan oleh Pengarah yang sama
dan pembangkang akan menggunakan pendatang-pendatang yang sering ditangkap oleh
kerajaan,anggota-anggota dari Selatan Thai yang sering didenda kerana menjual
makanan ataupun membuka kedai makan tanpa permit dan mereka inilah antara yang
berpotensi untuk digerakkan bagi merusuh. Oleh itu puak-puak ini harus
dibersihkan sebelum PRU13 nanti.
Cukuplah kita bersangka baik
dengan kumpulan ini sebagaimana kita bersangka baik dengan beratus orang yang
ditangkap di Lahad Datu yang bersekongkol dengan pengganas yang akhirnya
menjadi duri dalam daging serta musuh dalam selimut kepada Malaysia.Kesilapan
Sulu ini harus kita insafi dan mengambil pengajaran darinya.
Pembangkang sedar bukan
mudah untuk mengalahkan BN dalam PRU dan bagi mereka kononnya PRU13 inilah
peluang terbaik mereka untuk memerintah Negara apatah lagi rakyat telah berjaya
mereka kelirukan hingga ada ulamak yang tidak peduli pun sekiranya seorang yang
disahkan Gay memerintah Negara ini.
Hasutan serta berbagai-bagai
tawaran mewah sedia untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang sanggup
bersekongkol dengan mereka untuk menumbangkan BN walaupun terpaksa menumpahkan
darah anggoata keselamatan,walaupun terpaksa berperang dengan yang seagama tapi
kepada mereka itu tidak penting kerana yang lebih penting adalah menumbangkan
BN dan menobatkan seorang Gay sebagai Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment