Monday 18 February 2013

Warga FELDA Berpeluang Menonton Filem Tanda Putera Secara Eksklusif

KUALA LUMPUR – Semalam lebih kurang 3,000 warga FELDA telah hadir di PWTC didalam majlis ’Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Mahathir Mohamad’ yang mana turut dihadiri oleh Datuk Ahamad Maslan dan juga Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Selesai majlis bersama mantan Perdana Meneteri itu sekitar jam 1 petang, warga FELDA yang hadir telah turut dijemput untuk menonton Filem Tanda Putera.

Program tontonan Filem Tanda Putera itu dilakukan secara tertutup untuk keselesaan warga FELDA yang diseliakan oleh saudara Zahid Mat Arip.

Filem ini dianggap satu filem kontroversi oleh sesetengah pihak kerana membuka kisah sebenar kejadian tragedi rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Filem itu mengisahkan peranan bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Filem berkenaan sehingga kini masih belum ditayangkan kepada umum walaupun telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem.

Ia pada asalnya dijadual untuk tayangan bermula 13 September sebelum ditunda kepada 15 November atas alasan kekurangan promosi.

Warga FELDA bertuah kerana dapat menonton filem ini kerana selain dari media yang terpilih semasa tayangan perdana sebelum ini, mereka juga antara yang bertuah sedang ramai lagi yang belum menontonnya.

Rata-rata warga FELDA yang hadir menghargai peluang bagi menonton filem ini secara ekslusif.

Majlis tayangan berkenaan tamat sekitar jam 3 petang dan majlis diakhiri dengan bacaan doa.

No comments:

Post a Comment