KUALA LUMPUR: Pengguna khususnya anggota Skuad
Rakan Pengguna di seluruh negara perlu memantau dan melaporkan kepada
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
mengenai sebarang kenaikan harga terutamanya melibatkan barangan
kawalan.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menjelang
musim perayaan, peniaga seharusnya lebih bertimbang rasa dan bekerjasama
dengan pengguna bagi kepentingan serta kebaikan bersama.
"Tiada sebab harga barang perlu dinaikkan. Pengguna juga boleh gunakan kuasa mereka memulaukan peniaga dan pekedai (yang menaikkan harga barang)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada warga media yang banyak berjasa dan telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas sama ada di dalam atau luar negara.
Beliau berkata KPDNKK telah menggerakkan 60,000 anggota Skuad Rakan Pengguna di seluruh negara tahun ini bagi memantau aktiviti perniagaan yang tidak beretika pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata skuad berkenaan yang terdiri daripada orang awam termasuk pelajar, penghulu dan ketua kampung akan bertindak sebagai pemantau harga barangan dan perkhidmatan, penyelewengan urusniaga serta perkara berkaitan kepenggunaan.
Seramai 11 warga media yang banyak berjasa dan waris kepada petugas media yang telah meninggal dunia ketika menjalankan tugas menerima sumbangan Ramadan pada majlis berbuka puasa KPDNKK bersama media itu. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment