Tuesday 10 July 2012

SPR Belum Terima Jawapan Pemerhati Luar Negara Untuk PRU-13

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa buah negara luar yang dilantik untuk menjadi pemerhati antarabangsa bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata SPR telah menjemput beberapa negara luar untuk menjadi pemerhati antarabangsa semasa proses PRU-13 antaranya Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain.

"SPR juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bergabung menjadi satu pasukan pemerhati dalam negeri pada PRU nanti.

"Makluman itu memudahkan mereka sebagai satu pasukan dan menjadi pemerhati di 222 buah kawasan parlimen seluruh negara jika inisiatif ini menjadi satu kenyataan," katanya semasa menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin di Persidangan Dewan Negara, Rabu.

Muhamad Yusof ingin tahu adakah kerajaan bercadang menerima pemerhati luar negara semasa Pilihan Raya Umum ke-13.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment