Tuesday 26 March 2013

Tun Mahathir : Banding Kerajaan Yang Pertahankan Islam

KUALA LUMPUR 25 Mac - Rakyat boleh membuat perbandingan antara kerajaan yang benar-benar memperjuangkan Islam yang tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum tanpa usul periksa.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahthir Mohamad berkata, suatu ketika dahulu rakyat pernah tawar hati terhadap kerajaan Barisan nasional (BN) tetapi kini rakyat pasti boleh menilai prestasi semasa kerajaan yang benar-banar-benar mempertahankan Islam.

"Perkara itu (tawar hati) bermula pada tahun 2004 dan berlarutan hingga 2008. Tetapi, saya nampak kerajaan sedang cuba memperbaiki segala kelemahan."

"Cuba buat perbandingan di antara dua parti ini. Saya rasa rakyat boleh kenalpasti parti mana yang betul-betul bertanggungjawab dan pertahankan agama Islam," katanya pada forum negara Membina Peradaban Bangsa Melayu Berasaskan Tamadun Islam di bangunan Parlimen, semalam.

Antara ahli panel pada majlis anjuran Majlis Perundinga Melayu (MPM) itu termasuklah Tun Mahathir sendiri, bekas Ketua Hakim Negera Tun Abdul Hamid Mohamad dan tokoh korporat Tan Sri Musa Ali Hashim.

Beliau yang menjawab soalan penonton secara sinis berkata, rakyat tidak akan memberi mandat kepada pemimpin parti politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang yang telah mengkafirkan tiga juta rakyat beragama Islam.

"Adakah orang yang sewenang-wenangnya mengatakan kafir itu patut perintah negara ini? Orang ini juga suatu ketika dahulu pernah membuat kenyataan bekerja dengan kafir, kita akan kafir."

"Hari ini, bukan sahaja mereka bekerjasama, malah hari jadi pun dirai di rumah orang kafir itu. Sampai ada yang mengatakan perlu langkah mayat (dia) dulu kalau nak serang (orang) kafir 'itu'. Orang yang cakap tu tak pakai serban. Tak tahulah saya kalau ada orang Barisan Nasional (BN) macam tu," katanya.

Jelas Mahthir lagi, UMNO dan BN bukanlah parti yang sempurna tetapi berusaha untuk tidak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.

Tambahnya lagi, sekiranya mandat diberikan kepada pemimpin yang salah maka hala tuju agama dan negara akan musnah.

"Saya pun tawar hati dengan yang ini (kerajaan), tapi saya lebih tawar hati dengan yang sebelah sana. Saya mengaku saya buat jahat. Banyak tuduhan ke atas saya. Tapi bila timbang ada juga baiknya. Kerana itu saya menang lima kali pilihan raya," katanya.

Orang Melayu kata Mahathir harus meletakkan Al-Quran sbagai asas dan panduan dalam amalan hidup supaya tidak berpecah belah walaupun mempunya pandangan politik yang berbeza.

“Kalau di negara Arab, bukan semua orang Arab itu adalah Islam, ada yang menganut agama lain, tetapi di Malaysia, orang Melayu mestilah beragama Islam, jadi kita perlu membina tamadun yang berteraskan al-Quran dan hadis yang sahih.

“Selain itu, orang Melayu juga perlu berusaha menjadi bangsa yang maju dan kita perlu belajar daripada orang lain seperti Jepun, China atau Korea yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment