Kenapa Anwar tidak memberi keterangan ?
Anwar sentiasa mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang saksi. Beliau tidak akan mampu menahan segala soalan yang akan dilontarkan oleh Datuk Yusoff (pendakwaraya) yang kini berpaling menjadi sekutu beliau. Sekiranya penyokong-penyokong Pakatan merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.
1) Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik meminta Ketua Kakitangan beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke pangsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang boleh ke sana;
2) Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan dan juga adik ipar kepada Anwar?;
3) Keterangan video yang dihantar ke makmal-makmal Gandhi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;
4) Kenapa Saiful diberikan keistimewaan; diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;
5) Pembantu Anwar terbaru, Najwan Halimi sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?
Pasukan pembelaan Anwar sedar bahawa Anwar tidak akan dapat menahan segala serangan oleh pihak pendakwaan, maka, mereka membuat keputusan agar Anwar tidak memberi keterangan dari kandang saksi dengan memberi alasan bahawa beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil. Anwar berjaya memperdaya, menipu dan membohongi rakyat dengan lagaknya seperti Mandela. Beliau bukannya Mandela, malahan hanya seorang penipu yang bijak.
Dana untuk pakar-pakar luar negara
Faktor yang sangat mengejutkan di sini adalah tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikan yuran untuk membayar pakar forensik, Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells. Ramai yang tidak menyedari bahawa mereka telah dibayar upah yang sangat tinggi untuk membela Anwar. Sewaktu mereka berada di sini, mereka menginap di Hotel Shang-ri La selama beberapa hari.
Dari manakah sumber kewangan untuk membayar penginapan tersebut ? Adakah Anwar yang membayar dengan duit poket beliau sendiri? Tidak, malahan beliau juga tidak membayar yuran guaman peguam-peguam beliau.
Sebenarnya, ada Datuk-Datuk yang kaya yang membiayai Anwar Ibrahim. Saya tahu nama Datuk tersebut, tetapi atas sebab peribadi saya tidak akan menyatakan namanya.
Masalahnya sekarang jika PKR boleh mempertikaikan pembelanjaan perkahwinan anak Perdana Menteri, kenapa tidak dipersoalkan dana untuk membayar pakar-pakar luar negara tersebut ? Sekiranya seorang bekas banduan dan ketua pembangkang ada Datuk-Datuk untuk membiayai kos guamannya, apa salahnya jika ada Datuk-datuk yang membiayai perkahwinan anak PM ?
Saiful
Saya tidak tahu banyak perkara tentang Saiful. Apa yang saya boleh katakan di sini, dia tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya hanya kerana pegawai penyiasat, Jude Perreira mengabaikan protokol Jabatan Kimia dan menjalankan tugas mengikut cara beliau sendiri.
Kesan DNA Anwar ada dalam rektum dia (Saiful). Apa yang menghalang hakim untuk mensabitkan Anwar adalah kerana wujudnya pecahan dalam rantaian keterangan “break in the chain of evidence.” Saya akan menulis berkenaan isu ini dalam masa terdekat. Drama ini perlu dijelaskan dalam satu penulisan yang lengkap.
Secara ringkasnya, wujud keterangan yang membuktikan kewujudan air mani Anwar dalam rektum Saiful. Namun, kerana putusnya rantaian keterangan dan juga kesangsian atas integriti sampel, keterangan tersebut tidak digunakan.
Oleh itu, hakim tidak ada jalan untuk mengesahkan keterangan Saiful.
No comments:
Post a Comment