PETALING JAYA 22 Mac - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Rafizi Ramli dilihat tidak dapat menjawab soalan yang diajukan wartawan
ketika bertanyakan keengganan PKR mengheret 'Trio Datuk T' ke dalam kes
saman melibatkan Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil berdalih dan menyelitkan maksud ayat suci Al-Quran, Rafizi
berkata, saman yang dikeluarkan terhadap Papa Gomo merupakan saman yang
menyeluruh dan rakyat sewajarnya menolak daripada menerima berita
daripada golongan fasikh.
"Saman terhadap Papa Gomo adalah keseluruhan, kita (orang Islam), ayat
Quran cukup jelas, apabila sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang
fasikh, kita perlu tolak berita itu," katanya kepada pemberita pada
sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Walaubagaimanapun, wartawan terus mendesak Rafizi untuk menjawab soalan
yang diajukan sehingga beliau kelihatan kurang senang dengan soalan
tersebut.
"Kamu kendali laman berita kamu, terpulang kepada kamu. Kalau saya,
seorang seperti Papa Gomo yang telah dijatuhi hukuman masuk penjara,
semua rayuan ditolak dan membawa berita yang jelas bermotifkan politik,
maka saya akan lebih berhati-hati.
"Saman Papa Gomo, (bermakna) Dia (Anwar) sudah saman keseluruhan," tegas beliau. [VIDEO DI SINI]
Ketengan yang berlaku antara Rafizi dan wartawan tersebut berlanjutan
sehingga beliau cuba untuk mengarahkan pengawal keselamatan mengambil
tindakan jika keadaan tersebut berterusan.
"Saya menyeru rakyat Malaysia tolak individu yang bankrap moral dan
akhlak seperti Papa Gomo ini yang bukan saja bersalah terima rasuah
tetapi penyebar fitnah utama dalam masyarakat kita.
"Tolak budaya UMNO yang gunakan individu seperti Papa Gomo untuk
menyebar fitnah politik terhadap musuh politik. UMNO tidak berani
berdepan isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan
lain-lain. Kalau UMNO terus pertahan Papa Gomo bermakna UMNO mendokong
dan mempromosikan rasuah," katanya.
Semalam, Papa Gomo menerusi laman blognya mendedahkan video yang didakwa Anwar bersama seorang mahasiswa dari Sabah.
Pendedahan tersebut berikutan tempoh 48 jam bermula 4 petang 19 Mac
2013 yang diberikan kepada Anwar untuk menarik kembali saman kepada Papa
Gomo tamat 4 petang semalam.
Menurut Papa Gomo, rakaman video dalam tertiban terbarunya itu tiada
kaitan dengan gambar dari blog 'Aksi si Raja Goyang' yang dipaparkan
sebelum ini. [ARTIKEL DI SINI]
No comments:
Post a Comment