KUALA LUMPUR:
Kementerian Pengajian Tinggi hari ini menegaskan bahawa skim Bantuan
Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M) seperti yang disiarkan di laman web
biasiswa1msia.blogspot.com dan www.step2rich.net/iklan2u tidak pernah
wujud.
KPT dalam kenyataan di sini hari ini menyifatkan ia satu penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, kementerian menasihatkan pelajar dan ibu bapa untuk tidak terpengaruh dengan skim tersebut.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi KPT di www.mohe.gov.my mengenai biasiswa yang ditawarkan.
- Bernama
|
No comments:
Post a Comment