Admin nak kongsi 3 pendedahan penipuan geng Anak yang mana selama
ini telah banyak menyusahkan dan memfitnah warga FELDA seluruh
Malaysia...
Dulu mereka mendakwa bahawa FELDA bakal rugi sebanyak RM 2 billion
tetapi setelah diperjelaskan ternyata geng pembangkang kecut telur
dengan prestasi Felda dan FGV yang mana memperolehi dana sebanyak RM 9.9
billion..
Si Mazlan mencanang bahawa FELDA bakal lingkup kerana penyenaraian FGV
tetapi mereka sedikit pun tak fikir yang kerajaan Selangor bawah pakatan
lagi teruk...habis semua di gadainya...Yayasan Selangor apa cerita?ibu
tunggal rakyat Selangor ditipu..rakyat ditindas dengan isu Air...
Yang keduanya, mereka mendakwa bahawa KWSP diperkakaskan untuk
menyelamatkan FELDA..itu semua pembohong!!!perkara yang sebenarnya
berlaku, KWSP hanya memiliki 184.7 juta unit saham FGV daripada jumlah
keseluruhan iaitu 3.6 billion...
Selepas suntikan saham di FGV, KWSP telah menambah sebanyak 281 juta
iaini (7.7%)..apa yang dilakukan KWSP adalah untuk pelaburan jangka
panjang..takkanlah anggota KWSP nak labur duit semata-mata mahu
selamatkan FELDA..KWSP pun fikir...kalau itu tujuannya, bermakna ianya
telah memperjudikan wang rakyat..KWSP bukan macam pembangkang suka-suka
guna rakyat untuk kepentingan politik mereka...
ANAK dan pembangkang meramalkan saham FGV akan jatuh merudum tetapi
ramalan mereka ternyata meleset..maka mereka fitnahlah kata kejayaan FGV
bukan kerana diri sendiri tetapi disebabkan bantuan KWSP..haha...
Terakhir ni lagilah tipu..bukan main lagi WAK CANANG (Mazlan Aliman)
kata jikalau saham FGV jatuh maka peneroka akan rugi kerana menanggung
kadar faedah pinjaman pembelian saham..itu semua penipuan terancang oleh
ANAK dan pembangkang...
Perkara yang sebenarnya cuba disembunyikan ialah..sejak September
2012...Felda sudah mengambil alih semua pinjaman itu..makanya di sini,
para peneroka tidak berhutang dengan bank tetapi mereka berhutang dengan
FELDA..dari celah mana pula kata peneroka perit!!adoiyai!!!
Para peneroka hanya perlu bayar sebanyak 800 unit saham sahaja yang
dibeli...FELDA turut memberi kelonggaran kepada peneroka untuk membayar
ecara beransur-ansur dengan kadar RM 50 sebulan sahaja...apalah sangat
sebulan 50 kan...
Para peneroka melahirkan rasa syukur kerana mereka dapat manfaat yang
mana mereka hanya perlu fikir untung..rugi tu semua mereka tak perlu
tahu dan mereka takkan rugi...malah mereka hanya perlu bayar ansuran
sahaja tanpa dikenakan bunga...
No comments:
Post a Comment