KUALA LUMPUR — Majlis Peguam Malaysia akan menemui Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Persatuan Undang-undang Sabah berhubung kerjasama untuk memberi bantuan guaman kepada semua tahanan di bawah Ops Daulat.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong berkata hari ini, majlis itu menyambut baik tawaran Peguam Negara kepada Badan Peguam Malaysia dan persatuan itu untuk memberi bantuan guaman kepada tahanan berkenaan.
Jumaat lepas, Abdul Gani berkata, Majlis Peguam dan Persatuan Undang-undang Sabah akan bekerjasama ke arah usaha ini.
Leong berkata langkah itu selaras dengan obligasi Malaysia untuk mematuhi keperluan undang-undangnya dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan standard hak asasi manusia.
Lebih 100 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berikutan serangan pengganas di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment