Dasar
transformasi kerajaan Barisan Nasional melalui Program Transformasi
Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program
Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) telah membawa
perubahan dan kemajuan amat memberangsangkan terhadap ekonomi seluruh
rakyat Malaysia.
Berikut ialah teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran Laporan Tahunan GTP dan ETP.
TRANSFORMASI: SEBUAH PERJALANAN
Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Rakyat Malaysia sekalian,
1.
Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta
emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan semua rakyat Malaysia dari Negeri
Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga
belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan
secara fizikalnya oleh Laut Cina Selatan, namun disatukan roh dan
semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari
semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung
kibaran jalur gemilang.
2.
Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang
berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun,
peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil
sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang
mendidik serta memberi kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera
dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan
negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta,
pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang
menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah
kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.
3.
Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan
daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan
pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita
berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa
pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana
membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses
perubahan dan pembaharuan nasional.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
4.
Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara
dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri
Malaysia ke-6.
5.
Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang
akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan,
prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.
6.
Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras
kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat
Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk
masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada
proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar
keluh kesah mereka.
7.
Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era
dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan
masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian
kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan
Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah
melanda banyak negara-negara lain di dunia, di mana kadar pertumbuhan
semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang
ekstrem ia mula menjadi regresif. Rakyat Malaysia yang dihormati
8.
Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib
berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita
bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang
didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki
merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.
9.
Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan
bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira
ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan
terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang.
Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah
negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian
berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka
yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.
10.
Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era
kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli
terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam
menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program
Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal
khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang
sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.
11.
Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak 7 bidang keberhasilan utama
atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan
pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau
lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk
menggunakan strategi lautan biru kebangsaan atau “national blue ocean
strategy” di dalam beberapa NKRA.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
12.
Pada malam ini, genaplah 3 tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada
malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah
kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang
berstrategi.
13.
NKRA yang diberi keutamaan, adalah untuk menangani kos sara hidup.
Kerajaan prihatin bahawa rakyat terhimpit akibat tekanan kos sara hidup
yang semakin hari semakin meningkat. Ia melanda bukan sahaja penduduk
bandar, tetapi juga penduduk luar bandar. Hakikatnya, semua segmen
warganegara terkesan olehnya. Bagi meringankan bebanan ini, kerajaan
telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi
menanganinya.
14.
Antara langkah jangka pendek bersifat “one off” yang telah
dilaksanakan bagi tahun 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M,
sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang
berpendapatan di bawah RM3 000.
15.
Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan
persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh
negara. Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula,
mereka tidak dilupakan. Baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang
telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan
peruntukan hampir RM 3 bilion.
16.
Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga
13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah
memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor
swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan
ini.
17.
Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah memperkenalkan beberapa
prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat
1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan
kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan
Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan
seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.
18.
Untuk tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan
komponen terbesar kos sara hidup, maka kerajaan telah memperkenalkan
Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik
di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan, manakala untuk golongan
berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan
lagi. Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang
mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi
tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas
Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.
19.
Selain daripada semua inisiatif di atas, Kerajaan juga komited untuk
meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras,
gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak
kereta, diesel dan gas memasak. Kerajaan juga memberikan subsidi bil
elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke
bawah. Segala subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30
bilion setahun.
20.
Kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan
bertanggungjawab. Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah
memungkinkan lebih RM 30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi
secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM 3
bilion untuk berian terus bagi tahun 2012.
Rakyat Malaysia sekalian,
Keduanya, NKRA yang bermatlamat mengurangkan kadar jenayah.
21.
Kerajaan telah mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui strategi
lautan biru (national blue ocean strategy) untuk meningkatkan jumlah
anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas. Strategi ini nyata
berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan
sebanyak 39%, manakala jenayah keseluruhan telah berkurang sebanyak 11%
semenjak tahun 2009.
22.
Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan telah menyaksikan era baru
kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia,
di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk
melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum
lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas,
seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya. Di bawah
strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera
serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus
serta dikawal selia oleh pihak PDRM di laksanakan bagi tujuan pencegahan
jenayah. Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar
jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV
akan di tingkat luaskan.
Ketiga, NKRA yang bermatlamat meningkatkan pencapaian pelajar.
23.
Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah
dan menengah adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang
besar setiap tahun untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada
anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat
pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu. Kerajaan menyedari
anak-anak ialah permata Negara. Pendidikan seawal mungkin akan menjamin
mereka mendapat kelebihan persaingan dalam kehidupan masa depan.
24.
Kerajaan juga menyedari peri pentingnya peranan guru dalam memastikan
sistem pendidikan yang berkualiti. Menyedari hakikat itu, saya telah pun
mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem
enaikan pangkat “time based” dalam Bajet 2012 dan mengumumkan jaminan
penerusan komitmen tersebut dalam ucapan saya kepada anggota
perkhidmatan awam baru-baru ini.
Keempat, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.
25.
Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk luar Bandar. Keprihatinan
kerajaan ini terbukti apabila pada Tahun 1959 Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan. Semenjak 3 tahun yang lalu,
usaha untuk mempertingkatkan kemudahan asas luar bandar telah diberikan
nafas baru dengan penekanan ke Negeri Sabah dan Sarawak.
26.
Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina.
Dalam sejarah negara, ini merupakan jumlah kilometer jalan terpanjang
yang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Sebagai perbandingan,
panjangnya elebihi Lebuh Raya Utara-Selatan sedia ada. Menggunakan
strategi lautan biru, Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa
Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini.
Contohnya, Long Lopeng ke Ba’kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang
dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.
27.
Semenjak pelaksanaan NKRA ini tiga tahun yang lalu, sebanyak 27 ribu
lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70
ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih. Hasil
langkah-langkah ini telah meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada air
bersih. Bagi negeri Sabah peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih
150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3%
yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri
di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih
250 ribu penduduk. Bagi bekalan elektrik pula, negeri Sabah dan Sarawak
menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%, yang memanfaatkan
lebih daripada 230 ribu penduduk.
28.
Bagi merancakkan lagi pembangunan luar Bandar, Kerajaan telah
melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada
Dasar Transformasi Nasional. Di bawah program ini, Pusat- Pusat
Transformasi Luar Bandar (RTC) telah dan bakal didirikan. Pusat RTC
pertama telah dilancarkan di Gopeng, Perak. Manakala RTC yang berikutnya
akan dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah lokasi yang telah
dikenal pasti. Rakyat Malaysia yang dihormati, Kelima, NKRA yang
bermatlamat mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.
29.
Bagi meningkat kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan bandar,
kerajaan akan melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam.
Projek paling utama ialah projek MRT yang merupakan projek pengangkutan
awam andar jangka panjang yang paling komprehensif dalam sejarah
pengangkutan awam negara. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam
tempoh 5 tahun akan datang.
30.
Sementara itu, kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk
meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2
koc kepada gerabak 4 koc, dan pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya
dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan
memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.
31.
Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan
akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan
keselesaan perkhidmatan komuter. Langkah-langkah ini dijangka akan
meningkatkan eselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian. KTM
juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses
elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.
32.
Di bawah NKRA ini juga, Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway
Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap
hari.
Keenam, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.
33.
Perang terhadap kemiskinan telah dilancarkan secara sistematik dan
berterusan semenjak kemerdekaan lagi. Ia dilaksanakan secara lebih
saintifik bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Matlamat kedua
DEB adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan.
Alhamdulillah, kita telah berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita
telah mengeluarkan lebih 44 ribu isi rumah daripada kategori tersebut.
Namun, kita tetap waspada terhadap kes-kes baru yang mungkin berlaku.
34.
Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri
zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu
isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta. Manakala di
bawah rogram Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM
1.4 Bilion diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan
kebajikan masyarakat seluruh negara.
Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.
35.
Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah
ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu
memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam
usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan
diambil terhadap “ikan bilis” manakala “ikan jerung” akan dibiarkan
terlepas bebas. Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah
disabitkan kesalahan. Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi
mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah. Manakala badan penguatkuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya
dengan secukupnya.
Rakyat Malaysia yang dikasihi,
36.
Selain GTP yang telah diperkenalkan pada tahun 2009, kerajaan juga
pada tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP)
bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131
Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi
(NEM) serta 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).
37.
Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia dari
perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di
landasan yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah
negara maju berpendapatan tinggi.
38.
Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya.
Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa
kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan
tinggi. 2 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada
kenderaan tersebut. Manakala EPP ialah bahan api atau “fuel” yang akan
menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju,
kesemua komponen ermasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya
hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.
39.
Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan
NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang amat
memberangsangkan. Contohnya, laporan World Economic Forum bagi Tahun
2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5 anak tangga dalam senarai daya
saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini
adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.
Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya “Doing Business 2012” pula
telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah
memulakan atau menjalankan urus niaga. Kita telah memintas negara-negara
yang maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat
perunding A.T Kearney juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara
yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi
Tahun 2012.
40.
Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara
adalah USD 6,700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9,700.
Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta
PNK atau NI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM
852.7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah
membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca
merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif
dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di
ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah
dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori
yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15,000 pada tahun
2020.
41.
Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan
langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion.
Manakala pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak
19% kepada RM94 bilion. Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru
dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan
yang telah diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan
negara kasar pula ijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020.
42.
Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil
pelaksanaan program-program transformasi kerajaan khususnya GTP dan ETP,
satu prosedur audit dijalankan oleh firma antarabangsa Price
Waterhouse oopers, dengan disemak oleh sebuah Panel Antarabangsa yang
dianggotai oleh pakar-pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom,
Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.
Rakyat Malaysia Sekalian,
43.
Segala yang saya telah bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas
sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada.
Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang
apakah masalah dan cabaran yang sedang di hadapi negara, dan kita
telah merangka pelan menyeluruh bagi menangani segala cabaran yang
dikenalpasti.
44.
Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional telah
dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, Kerajaan
hari ini jelas tentang ke arah mana hala tuju yang ingin di bawa negara,
iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.
45.
Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden
yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar
bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di
ana persekitarannya sejahtera dari jenayah, alam sekitarnya bersih dan
sistem pengangkutan awamnya cekap. Kita menginginkan sebuah negara di
mana jalan rayanya selamat, bekalan airnya bersih, bekalan elektrik,
akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan
pendidikannya adalah yang terbaik. Kita mahukan sebuah negara di mana
pekerjanya terutamanya generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang
upahnya setimpal, di mana gaji minimum akan berada di atas paras
kemiskinan, serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin
tinggi pula ganjarannya.
46.
Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang yang
demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan I.S.A., Akta Kediaman
Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat,
menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk
berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi
mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik,
serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan
pembaharuan lesen tahunan penerbitan.
47.
Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam
pilihanraya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali
takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan
kompetitif. Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat
Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang
mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai
“track record” yang eletakkan kepentingan rakyat di atas
segala-galanya.
48.
Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak
bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di
dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu
membangkrapkan negara. Kita telah dan akan sentiasa berterus terang
dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu
lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan
bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya .
49.
Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju
hanya tinggal 8 tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan
sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan
yang berprestasi tinggi, komponen enjin yang berkualiti, bahan api
mencukupi, destinasi yang jelas dan lebuh raya terbaik. Namun, saya
ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap
supaya dapat menggabung alinkan segala faktor yang ada bagi memastikan
kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan
selamat. Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu
yang telah terbukti kebolehannya, di engah-tengah jalan, untuk
digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.
50.
Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan.
Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya
pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah
konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya,
berwaspadalah dengan alunan muzik oleh peniup seruling yang tampak indah
tapi penuh dengan persona dan perdaya.
Rakyat yang dikasihi
51.
Sesungguhnya, masa depan kita dan anak-anak kita bergantung kepada
keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan
yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting
kerajaan ini sentiasa menepati janji.
Sekian, Wabillahhitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment