Tuesday, 19 March 2013

Kaum Sulu Di Malaysia Hormat Undang - Undang


KUANTAN - "Kami Suluk di Malaysia hormat pada undang - undang Negara. Tindakan yang mereka (penceroboh) lakukan di Lahad Datu adalah tidak patut."

Demikian yang dijelaskan oleh Pengerusi Persatuan Kaum Suluk di Kuantan ketika ditemui di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar Pahang malam semalam.

Beliau menjelaskan tindakan pencerobohan itu hanya menyusahkan bukan sahaja kaum Suluk tetapi ia juga akan meninggalkan kesan kepada kaum keluarga yang turut berada di Semenanjung.

"Kami didalam kominiti penduduk Suluk yang berada disini hanya mencari kerja dan menjalankan aktiviti harian. Namun, ada juga diantara kami yang mempunyai keluarga di Lahad Datu sendiri.

Mereka sering berasa kurang senang kerana bimbang dengan keadaan keluarga yang berada disana," jelas beliau sewaktu ditemui media selepas Program Ramah Mesra Persatuan Kaum Sulu Daerah Kuantan bersama YAB Menteri Besar Pahang.


Sebahagian penduduk kaum Suluk yang memenuhi ruang dewan mendengar amanat dari YAB Menteri Besar Pahang
Program yang julung - julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri telah dihadiri oleh hampir 800 orang penduduk berketurunan Suluk yang tinggal di Kuantan.

Kebanyakkan mereka yang berada didalam daerah ini bekerja sebagai pekerja kilang dikawasan perindustrian Gebeng, Kuantan termasuk di kilang Lynas.

"Komuniti Kaum Sulu sudah berada di Semenanjung sudah agak lama termasuk di Kuantan. Malah saya sendiri sudah mula berkerja di Kuantan sejak tahun 1995.

Kami warganegara Malaysia. Dilahir dan dibesarkan di Sabah. Ibu bapa kami juga orang Malaysia dan kami bangga menjadi rakyat Negara ini," tambah beliau lagi.


YAB Menteri Besar Pahang yang sentiasa mesra dengan kanak - kanak
Selain itu, beliau juga turut menyifatkan pihak Penceroboh di Lahad Datu sebagai golongan yang tidak hormat pada undang - undang dan ganas.

"Berbeza dengan kami, mereka datang untuk menuntut sedangkan mereka tidak ada hak untuk membuat sebarang tuntutan.

Walaubagaimana pun, bagi menjaga keselamatan penduduk kaum Suluk di Kuantan, kami telah membuat laporan agar dapat menolak sebarang kekeliruan rakyat dan menyamakan kami sebagai penceroboh," katanya.

No comments:

Post a Comment