Kenyataan Presiden Filipina Benigno Aquino yang melihat tragedi
penceroboh bersenjata di Sabah sebagai tindakan tidak bertanggungjawab
pihak-pihak tertentu untuk mengadaikan nyawa penduduk Islam bangsa
Moro.Yang paling mendukacitakan dalang utama terhadap serangan
tersebut,hidup dengan selesa berbanding kesengsaraan keadaan para
pengikut diperdaya sehingga terpaksa mengorbankan nyawa.Lebih menarik
lagi,apabila Aquino turut mengatakan tindakan bodoh Jamalul Kiram III
ini adalah merupakan satu pengulangan sejarah.Mengikut fakta ketika
zaman bekas Presiden,Ferdinand Marcos,beliau turut pernah melancarkan
rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai
pembunuhan Jabidah.Menurut maklumat yang diperolehi pembunuhan tersebut
merupakan satu perancangan jahat Marcos untuk menyerang dan merampas
Sabah dari Malaysia.Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963 semakin menaikkan kemarahannya yang menegaskan bahawa
Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu.Maka Marcos merancang
menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan
mengganggu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah.
Dengan keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia
memperolehi kemerdekaan dan konfrontasi antara Malaysia-Indonesia
menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas
semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di
Malaysia.Maka satu operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka”
telah tubuhkan dengan fasa pertama mereka telah melatih hampir 200 orang
Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30
tahun.Rekrutmen baru tersebut pada awalnya dilatih dalam perang hutan di
Camp Sophia dalam pulau kecil Simunul di Tawi-Tawi yang akhirnya
dihantar ke Pulau Corregidor untuk latihan militari lebih lanjut.Pada
awalnya mereka diberitahu bahwa mereka sedang menjalani latihan
ketenteraan yang mencakupi perang hutan dan sebagai pasukan penerjun
payung udara untuk berperang melawan pemberontak komunis.
Namun keengganan para pemuda tersebut untuk berperang dengan saudara
seIslam di Sabah apabila mengetahui tujuan asal misi tersebut,ialah "Penyerangan Sabah"
seramai 28 dari 300 orang rekrut telah dibunuh secara kejam.Seterusnya
pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 kesemua mereka telah dibunuh
secara beramai-ramai.Aquino melalui kenyataan semalam turut mengatakan
di sebalik tragedi itu, mereka yang melakukan pencerobohan bersenjata di
Lahad Datu,GAGAL untuk belajar daripada apa yang telah berlaku sebelum
ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang.Malah beliau turut
mengkritik tindakan Kiram III yang mengaku sebagai Sultan Sulu,namun
langusng tidak mempunyai perasaan untuk menjaga keselamatan dan nyawa
para pengikutnya.Presiden Filipina itu turut mengulangi gesaan sebelum
ini yang meminta Azzumudie dan para pengikutnya untuk berundur dan
pulang kerana pengunaan keganasan tidak akan memberikan sebarang hasil.
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment