Wednesday 20 March 2013

Bekas Ahli DAP Serdang Desak Saman Keatas MP Nibong Tebal

alt
KAJANG 20 Mac - Ahli Parlimen (MP) Serdang Teo Nie Ching didesak untuk mengambil tindakan saman kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dalam masa tujuh hari berikutan dakwaan salahguna kuasa penyelewengan wang berjumlah RM 16 000 antara Januari 2009 dan Jun 2011.

Bekas ahli DAP Cawangan Serdang Yap Kon Ming berkata, tindakan saman tersebut bagi menafikan dakwaan keatas Nie Ching serta pembantu peribadinya dan meminta Tee Beng mengemukakan permohonan maaf diatas dakwaannya itu.

"Tan Tee Beng telah mendakwa Ahli Parlimen Serdang dan pegawai peribadinya itu telah membuat satu penipuan dalam pembayaran sewa Pusat Khidmat Ahli Parlimen Serdang."

"Surat yang diterima oleh Tan Tee Beng itu telah dikoyakkan oleh beliau dihadapan pihak media ketia sidang akhbar pada 5 september 2012, lalu beliau mencabar Teo Nie Ching supaya mengambil tindakan guaman terhadapnya," katanya pada sidang di Sungai Long di sini hari ini.

Menurut Ming lagi, Ahli Parlimen Serdang itu pernah berjanji untuk membersihkan dakwaan keatasnya lapan bulan lalu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap Tee Beng.
alt
"Sebagai seorang peguam mengapa beliau tidak mengambil tindakan terhap Tan Tee Beng?. Katanya mesti dikotakan tetapi cakapnya tidak serupa bikin. Adakah Dakwaan MP Tan itu benar?."

"Demi polisi Cekap, Accountable, Telus (CAT) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, khasnya DAP. Demi maruah MP Teo sendiri serta pengundi-pengundi di Serdang kami mahu MP Teo mengambil tindakan guaman terhadap MP Tan."

Kenyataan Nie Ching meminta Tee Beng mengemukakan permohonan maaf pernah disiarkan dalam akhbar Sin Chew Jit Poh pada 29 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment