KUALA LUMPUR, 16 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan sebuah blog yang mempamerkan beberapa keping gambar yang didakwa menyerupai dirinya sedang melakukan hubungan seks sejenis dengan seorang lelaki tidak dikenali.
Beliau berkata, ia adalah satu lagi fitnah jahat dari pimpinan UMNO untuk menjatuhkan karier politiknya menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
"Saya menafikan sama sekali tuduhan itu," kata Anwar menafikan selepas ditemui wartawan hari ini dalam satu program anjuran Anwar Ibrahim Club di Hotel One Utama di sini hari ini.
Anwar juga bakal mengadakan perbincangan dengan peguamnya bagi mengambil langkah selanjutnya terhadap pihak yang menyebarkan gambar tersebut.
"Ia adalah gimik politik jijik oleh UMNO. Ia fitnah jijik menjelang pilihan raya.
"Saya belum putuskan akan ambil tindakan undang-undang ataupun tidak, tapi saya akan beritahu peguam saya dan biar beliau putuskan," ujarnya.
Anwar merujuk laporan blog www.rajagoyang360.blogspot.com melalui artikel pertamanya yang dikeluarkan pada 14 March 2013 mempamerkan beberapa keping gambar dua orang lelaki yang mana salah seorang daripada mereka agak mirip dengan wajah seorang pemimpin parti politik Malaysia.
Gambar tersebut turut disebarkan dari beberapa laman media baru Pro UMNO hari ini.
Gambar tersebut turut disebarkan dari beberapa laman media baru Pro UMNO hari ini.
No comments:
Post a Comment