1. Amerika Syarikat bersama dengan negara-negara Eropah lain dan juga
Israel berhajat untuk melakukan “regime change”,iaitu menukar
kerajaan-kerajaan negara-negara di dunia yang tidak menyokong mereka.
2. Mereka akan melakukan “regime change” ini melalui pelbagai cara. Di
Iraq mereka melaksanakan “sanction” sekatan dagangan pada mulanya dan
kemudian berperang dengan Saddam Hussein untuk menukar kerajaan Iraq.
Dan mereka berjaya.
3. Mereka juga cuba menukar kerajaan Iran dengan menghasut dan membantu
Iraq untuk berperang dengan Iran. Usaha ini gagal.Hari ini mereka masih
mencuba dengan menyekat negara-negara di dunia daripada membeli minyak
Iran.
4. Perancangan dibuat untuk menukar kerajaan Syria menggunakan
berbagai-bagai sekatan kewangan dan dagangan, serta membantu
pemberontakan melawan Kerajaan Syria. Usaha ini sedang diteruskan.
5. Di negara-negara Arab apabila ada pemberontakan untuk menjatuhkan
kerajaan, Amerika dan Eropah memberi bantuan wang dan senjata, bahkan
melancarkan serangan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak
disukai oleh mereka.
6. Di Chile dahulu, Presiden Allende yang dipilih oleh rakyat melalui
proses demokrasi, dibunuh oleh agen-agen Amerika supaya Jeneral Pinochet
yang disokong oleh Amerika dapat menjadi Presiden. Amerika lebih suka
seorang diktator yang ganas daripada pemimpin yang demokratik jika ianya
tidak sokong Amerika.
7. Dimana-mana sahaja Amerika dan Eropah memberi bantuan mengguna media
mereka untuk memburuk kerajaan tertentu supaya rakyat digerak untuk
mengguling kerajaan yang tidak berbaik dengan Amerika dan Eropah.
8. Di Indonesia sokongan diberi kepada tenteranya untuk menjatuhkan
Sukarno. Kemudian pelbagai jenis tekanan diguna untuk menjatuhkan
Presiden Suharto.
9. Dimana sahaja kita lihat Amerika bersama Eropah dan Israel, tidak
berhenti-henti mencuba menjayakan “regime change” supaya dapat mereka
kuasai semua negara di dunia.
10. Apakah Malaysia tidak menjadi sasaran untuk “regime change”? Memang
pun Malaysia menjadi calon untuk “regime change” kerana Malaysia tidak
mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.
11. Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar
Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan
Anwar.
12. Anwar pula ternampak jelas menganggap sokongan Amerika boleh
menjayakan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu
Anwar memberi gambaran bahawa ia adalah seorang liberal yang terima dan
sokong konsep-konsep kebaratan seperti hak asasi manusia, kebebasan
dalam serba-serbi, sikap anti-kroni dan rasuah kononnya, penolakan DEB
yang dikatakan menindas kaum tertentu di Malaysia dan bermacam lagi yang
boleh mendapat pujian dan sokongan oleh Amerika. Ia cukup berjaya
kerana Amerika anggap Anwar amat layak untuk melaksanakan “regime
change” di Malaysia.
13. Pelobi yang amat berkesan di Amerika ialah orang Yahudi. Ramai dari
kawan-kawan Anwar di Amerika seperti Paul Wolfowitz, Cohen dan lain-lain
adalah dari kumpulan neo-con yang mencipta dasar penaklukan dunia oleh
Amerika (Project for the new American Century).
14. Demikian apabila Anwar dihadapkan di mahkamah kerana tuduhan liwat,
mereka mengecam Malaysia kerana kononnya menghalang cita-cita Anwar
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu jika Anwar tidak
dapat menjadi Perdana Menteri maka gagallah rancangan “regime change”
Amerika.
15. Tidak hairanlah kenyataan Anwar bahawa ia menyokong segala tindakan
untuk keselamatan bagi Israel. Sudah tentu ini akan menarik sokongan
Amerika dan media mereka. Orang Palestine tidak boleh menolong Anwar.
16. Melihat sokongan Amerika kepadanya Anwar Ibrahim adalah calon
Amerika untuk melakukan “regime change” di Malaysia dengan menjadi
Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi
oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan
Russia dan tidak menyokong sentimen Amerika terhadap Iran dan beberapa
negara lain.
17. Adalah menjadi harapan Amerika, apabila “regime change” berjaya di
Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan
ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari
perjuangan Palestine. Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di
Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk
dunia.
Tun Dr Mahathir
Memang tepat apa yang dikatakan oleh
Negerawan Ulung Malaysia. Tun Mahathir lebih mengenali Anwar Ibrahim
daripada Nik Aziz sendiri. Sekarang terpulanglah kepada pimpinan PAS
sama ada hendak terus bersama ejen yahudi zionis ataupun bersama dengan
umat islam Palestin.
No comments:
Post a Comment