GEORGETOWN - Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan
ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, peletakan jawatan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab.
Beliau berlaku, berikutan itu, DAP akan melantik firma audit serta
syarikat perakaunan bebas untuk mengesahkan semula keputusan pengiraan
undi.
Pemilihan diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP pertengahan bulan lalu.
"Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua
hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan
kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif.
"Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi
begitu," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis angkat
sumpah jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), hari ini.
Kesilapan pengiraan undi itu sekali gus menjejaskan kedudukan 20 ahli CEC.
Salah seorang calon Melayu yang bertanding, Zairil Khir Johari yang
pada mulanya menerima 305 undi sebenarnya menerima 803 undi hasil kiraan
semula.
Ia sekalig us berjaya meletakkan Zairil dalam CEC.
Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya
menerima 669 undi sekaligus menyebabkannya terkeluar dari barisan CEC.
Zairil dalam laman twitternya menyebut masih lagi terkejut dengan laporan berkenaan.
No comments:
Post a Comment