Monday 14 January 2013

Seleweng Wang Anak Yatim Memali – Pas Tak Berani Jawab Kerana Cerita Itu Benar


LANGKAWI, 15  Jan – Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad menyifatkan tindakan Pas berdiam diri terhadap segala dakwaan Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena, C.N. Al Afghani berhubung penyelewengan duit tabung anak yatim Memali baru-baru ini sebagai pengesahan terhadap kebenaran dakwaan tersebut.
Menurut beliau, sekiranya pendedahan Zainon Ismail itu tidak benar, sudah pasti kepimpinan Pas yang sedia ada hari ini sekurang-kurangnya akan membuat kenyataan bela diri di media massa atau pun akan memfailkan saman terhadap Zainon kerana memfitnah Pas.
“Namun sampai hari ini kepimpinan Pas sedikit pun tak berkutik tentang pendedahan tersebut. Jadi jelas bahawa perkara ini memang benar-benar berlaku. Kepimpinan Pas tak berani nak jawab dakwaan tersebut, malah tak berani nak bela diri sebab takut terjerat leher mereka sendiri.
“Bagi saya, Pas bukanlah sebuah parti Islam  tapi parti ajaran sesat. Macam mana tak sesat kalau pemimpin Pas sendiri selindungkan kemungkaran yang berlaku dalam parti mereka sendiri. Isu penyelewengan duit tabung anak yatim Memali ini bukan perkara kecil. Berapa lama mereka diamkan perkara ini? Sepatutnya kepimpinan Pas hukum mereka yang terlibat, bukan melindungi mereka,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau berpendapat bahawa hari ini, tembelang Pas yang menggunakan Islam sebagai topeng untuk menarik undi dari rakyat terutama di kalangan umat Islam hari ini sudah pecah, apabila satu demi satu pendedahan tentang  isu salah laku dan pecah amanah di dalam Pas yang melibat harta dan wang orang ramai mula dibongkar.
“Jika kita lihat, hari ini satu demi satu penyelewengan dan salah laku kepimpinan Pas terbongkar. Bagi saya, ini satu  kifarah terhadap keceluparan perbuatan kepimpinan Pas menuduh UMNO dengan pelbagai tohmahan dan fitnah.
“Sebelum ini, apa yang mereka tak kata pada UMNO? Parti rasuah, parti kroni, tolak Islam, malah sanggup mengkafirkan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO! Dan hari ini, mereka lakukan satu demi satu apa yang mereka tuduh UMNO dulu,” jelas beliau.
Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat di negara ini, khususnya umat Islam agar tidak terpengaruh dengan propaganda pemimpim Pas yang cuba mempergunakan hujah dan dalil-dalil agama untuk membenarkan perbuatan mereka serta untuk mencari pengaruh di kalangan rakyat.
“Pas bagi saya parti penipu. Mereka hanya pandai bercakap, tapi tak tahu nak laksanakan. Mereka hanya akan bercakap tentang Islam jika perkara itu bersesuaian dengan kehendak mereka. Bila tak kena, mereka sembunyikan.
“Kalau bab menuding jari pada orang lain, nombor satu. Tuduh orang lain kotor, rasuah, tolak Islam dan sebagainya, tapi dalam masa yang sama, mereka lebih teruk lagi buat penyelewengan dan salah laku.
“Kepada rakyat saya nasihatkan lihatlah permainan politik Pas dengan hati yang terbuka dan kita akan nampak banyak penyelewengan yang berlaku baik dari sudut agama dan perbuatan kepimpinan Pas itu sendiri,” akhiri beliau. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment