Sunday 13 January 2013

Post Moterm HKR #KL112 #Phgmakmur


SUNDAY, JANUARY 13, 2013Post-mortem HKR Di Tropicana Oleh AIDC
Satu perkara yang sangat bagus mengenai PKR adalah mereka sangat pantas dalam melakukan post-mortem tentang perkara yang mereka anjurkan. PKR memang tak tunggu lama. Budak-budak muda PKR memang jenis yang tak sabar.Mereka nak tahu sejauh mana HKR sudah mampu merubah pola pengundian seperti yang mereka harapkan. Dalam bahasa mudah, pulang modal atau tidak?Terkejut dengan analisa Ketua Ekonomi Bank Islam (ahli PKR), bahawa PR hanya mampu menang 97 kerusi, mereka sedang merancang untuk memanggil Azrul untuk membentangkan analisa beliau kepada PKR.Soalannya, apakah HKR mampu menambah jumlah kerusi yang dimenangi PKR?Beberapa analisa awal yang diperolehi di HQ PKR:
A. Sokongan Generasi Muda Statik Ada pertambahan sokongan tetapi masih terlalu kecil. Tidak ada penambahan kumpulan neutral. Repeat customers – orang muda yang HADIR di HKR adalah mereka yang sama HADIR waktu Bersih. Tak ada penambahan.Gerakan Mahasiswa gagal dimanipulasi sebaiknya.Rancangan awal berlakunya pertempuran kecil dengan pihak PDRM tidak berlaku. Ini menyebabkan Gerakan Mahasiswa akan terus lesu dan lembik. Adam Adli bukan ikon Mahasiswa yang wibawa.
B. Kegagalan PAS (500 ribu rakyat)Pas tidak mampu menurunkan jumlah rakyat yang diharapkan. Sementara Pas Kelantan dan Terengganu cemerlang, Pas NS, Melaka, Selangor, Perak dan WP sangat lemah.Faktor sebenar akan diperolehi dalam masa terdekat.
C. Sikap Tenang Kerajaan MeresahkanSangat tidak menjangka tindakan PDRM yang sangat profesional. Kejayaan memburukkan imej PDRM sewaktu Bersih tidak dapat dilakukan. Ini sebenarnya sedikit merosakkan perancangan awal.
D. Kemenangan Total Propaganda Media BaruSatu perkara baik HKR112 adalah dominasi propaganda media baru oleh PKR. Anwar sendiri puas hati dan memuji jentera media baru PKR yang sangat efisien dan cekap. Mahu taktik propaganda media baru ini dikekalkan hingga PRU.Bajet tambahan media baru akan diberikan kepada negeri-negeri strategik, seperti Sabah dan Sarawak. RM1.5 juta adalah angka yang dirasakan sesuai untuk Sabah (Vernon Keidit – akan fokus kepada media baru untuk Sabah dan Sarawak).
E. Jawatankuasa PR Perlu PeneguhanPKR mempunyai hubungan baik dengan Pas, namun ada kelemahan komunikasi yang jelas dengan DAP. Ini perlukan penambahbaikan. Kepimpinan DAP terlalu self-centric dan tidak terbuka dengan cadangan PKR.
F. Anwar Masih Unifying ForceAnwar masih lagi IKON UTAMA dalam PR. Tak ada pemimpin lain yang mampu menyaingi populariti Anwar setakat ini. HKR sudah kembali meletakkan Anwar sebagai PM-to-be.HADI dan PAS gagal sama sekali.
G. Political TractionPercentage points sokongan tidak naik langsung. Kembali kepada populariti pasca Bersih. Perlu usaha lain. Tumpuan perlu diberikan kepada manifesto dan strategi memenangi hati rakyat. Pengumuman awal manifesto dirasakan sangat perlu.   Syed Akbar Ali at 3:37:00 PM

No comments:

Post a Comment