Oleh: Abu Numair Nawawi B. Subandi
Pihak berkuasa berhak menahan dan memenjarakan peserta/aktivis demonstrasi sebagaimana kata Imam asy-Syaukani
Demonstrasi mengganggu keharmonian awam. Pihak berkuasa perlu bertindak.
Akhir-akhir ini adegan dan slogan
demonstrasi jalanan ke atas pemerintah sering sekali dilaungkan. Diberi
nama pula sebagai sarana amar makruf nahi mungkar dan jihad. Maka,
suara-suara kebencian dan protes ke atas pemerintah pun meluap-luap.
Sangat menyedihkan adalah apabila pelbagai aksi dan adegan demonstrasi ini kian menjadi fenomena masyarakat dalam negara kita.
Menurut Kamus Dewan, maksud
demonstrasi dalam konteks ini merujuk kepada “Tunjuk perasaan dengan
cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll. (Termasuk di dalamnya
membuat kacau). Berdemonstrasi maksudnya menunjuk perasaan (kerana
memprotes dll.” (Kamus Dewan, Edisi Keempat, m/s. 332 – Dewan Bahasa dan
Pustaka)
Persoalannya, adakah demonstrasi
merupakan salah satu sarana anjuran agama dalam menghadapi kesalahan dan
keterlanjuran pemerintah? Apa hukum perlakuan demonstrasi di sisi
agama? Dalam tulisan yang lalu, penulis telah bentangkan kaedah-kaedah
yang syar’i dalam menegur dan memperbaiki keterlanjuran pemerintah,
iaitu dengan cara nasihat, mendoakan mereka dengan kebaikan, bertemu dan
berbincang dengannya, memperbanyakkan kesabaran, dan dengan tidak
mengaibkan serta merendah-rendahkan kedudukannya. (Rujuk/klik artikel: Bagaimana Ahlus Sunnah wal-Jama'ah Menasihati Pemerintah)
Ringkasnya, begitulah
kaedah-kaedah yang syar’i dalam bermuamalah terhadap pemerintah sama ada
yang adil mahupun yang zalim, selagi mana mereka masih menzahirkan
keislaman dan syi’ar solat.
Dalam masa yang sama, amalan
syar’i ini menunjukkan betapa Islam itu adalah agama yang mengajak
kepada perdamaian, mengajak kepada maslahah, membenci kekacauan,
teratur, dan penuh ketenangan. Secara automatik, amalan demonstrasi dan
protes ke atas pemerintah sewajarnya tidak berlaku di kalangan umat
Islam jika ruh agama tersebut berjaya difahami dengan baik.
Sejarah Demonstrasi
Dalam sejarah Islam, awal
tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika
pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan
pemberontakan ketika itu dicetuskan oleh seorang tokoh Yahudi bernama
‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. Beliau menyusup masuk
ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan
syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.
Tindakan ‘Abdullah B. Saba’ ini bertepatan dengan sikap permusuhan Yahudi terhadap umat Islam sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an sendiri. Tidak akan senang mereka selagi mana Islam tidak dihancurkan.
Di antara tuduhan-tuduhan yang beliau lemparkan ke atas ‘Utsman ketika itu antaranya ‘Utsman ini bersifat kronisme, nepotisme, zalim, tidak memberi hak dengan adil, dan mendahului ‘Ali dalam hak kekhalifahan. Syubhat-syubhat dan fitnah yang beliau sebarkan tampak berjaya lantaran ramainya orang awam dan muallaf yang baru memeluk Islam yang masih belum mendalam keimanannya. Beliau turut menyemarakkan ideologi membela golongan tertindas dengan mengajak rakyat memprotes ‘Utsman B. ‘Affan.
Ramai rakyat termakan fitnah lalu bangkit membuat provokasi mengkritik ‘Utsman secara terbuka di sana sini. Sehingga muncullah revolusi rakyat mengakibatkan pemberontakan. Beberapa hari rumah ‘Utsman mereka kepung, akhirnya ‘Utsman pun mereka bunuh dalam peristiwa yang penuh tragis. Golongan pemberontak dan aktivis demonstrasi ketika itu menamakan tindakan mereka sebagai amar makruf nahi mungkar! Walhal ia adalah kebathilan berkedok agama.
Setelah peristiwa terbunuhnya ‘Utsman, fitnah tidak kunjung reda. Sebaliknya terus berkobar ketika zaman pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu dan seterusnya. Pemikiran ‘Abdullah B. Saba’ terus meracuni masyarakat sehingga muncul pula golongan Syi’ah dan Khawarij sekaligus. Awal kemunculan Syi’ah ketika itu berperanan mengajak masyarakat mendewakan ‘Ali, manakala golongan khawarij menjadi faktor melaga-lagakan masyarakat dengan pemerintah (khalifah ‘Ali B. Abu Thalib). Kaum khawarij juga bertindak melaga-lagakan para sahabat terutamanya di antara ‘Ali dengan Mu’awiyah, ‘Aisyah, Thalhah, dan az-Zubair.
Dua faktor inilah (Khawarij dan Syi’ah) antara yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan Jamal dan Siffin mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri. Pertembungan tersebut adalah antara kejayaan besar faktor Syi’ah dan Khawarij dalam menimbulkan salah faham dan fitnah sesama para sahabat ketika itu. Dan kesannya terus dirasai sehingga hari ini.
Dari kelompok mereka inilah lahirnya gerakkan yang zahirnya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta mencari keadilan untuk muslim yang dizalimi. Kesan dari perkara ini, wujudlah pemikiran-pemikiran yang sesat seperti pemikiran memuja manusia, mentaqdiskan tokoh, percaya tentang ghaibnya manusia, pemikiran yang menghina para sahabat, pemikiran bahawa al-Qur’an itu diselewengkan dan tidak sempurna serta sebagainya. Inilah doktrin yang terhasil dari ideologi ‘Abdullah B. Saba’ yang kini diwarisi oleh kaum Syi’ah Rafidhah dan Khawarij sepanjang zaman.
Di antara orang yang bertindak tegas memerangi mereka ketika awal kemunculannya adalah Khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. Beliau memerangi Khawarij di Nahrawan. Sebahagian besar kaum Khawarij dihapuskan, sebahagian bertaubat, manakala sebahagian lagi ada yang melarikan diri meneruskan kelangsungan ideologi mereka.

Demikian juga dengan kaum Syi’ah. ‘Ali turut memerangi dan membakar mereka hidup-hidup kerana mereka beri’tiqad ‘Ali itu tuhan.
Demonstrasi Pasca Revolusi Iran
Pada era 1970an di Iran,
gelombang demonstrasi dan revolusi bergema. Dicetuskan oleh kelompok
Syi’ah Rafidhah hasil tinggalan ideologi ‘Abdullah B. Saba’. Dipandu dan
disemarakkan oleh Khomeini. Melalui karya tulis dan hasil pemikirannya,
masyarakat Iran bangkit menghidupkan semula doktrin aqidah penuh
kontroversi lagi kufur, Wilayatul Faqih. Mereka berdemonstrasi dan
memberontak dalam rangka menjatuhkan Shah Iran pada tahun 1978 atas
alasan penindasan dan kezaliman sebagai topeng menghidupkan semula
perjuangan aqidah Syi’ah imamiyyah. Demonstrasi ketika itu mengakibatkan
pelbagai kerosakan dan ratusan nyawa terkorban. Shah Mohamad
bersama-sama permaisurinya pula melarikan diri.
Aksi-aksi demonstrasi yang mereka lancarkan ini saling tak tumpah dengan aksi demonstrasi yang dicetuskan oleh ‘Abdullah B. Saba’ di zaman ‘Utsman. Bahkan demonstrasi mereka inilah sekarang menjadi inspirasi sekian banyak demonstrasi-demonstrasi lainnya di Timur Tengah, bahkan di dunia pada hari ini. Dalang di sebalik setiap demonstrasi mereka ini memang tidak lepas dari keterlibatan agen-agen Yahudi, CIA, dan Amerika.
Mungkin para pembaca boleh mengkaji siapa yang menjaga dan mengembalikan Khomeini ke Iran setelah beberapa waktu duduk di dalam buangan.
Di Malaysia pada hari ini, tidak kurang ramai yang turut terkesan dengan kejayaan revolusi Iran ala ‘Abdullah B. Saba’ ini terutamanya para aktivis Parti Islam Se-Malaysia. Malah Mat Sabu yang kini menjawat jatawan Naib Presiden PAS sendiri secara terbuka mengakui mendukung idea-idea revolusi Khomeini di Iran, bahkan turut mendukung idea-idea pemberontakan melalui wasilah kebangkitan suara rakyat. Beliau dalam banyak siri ucapan, ceramah, dan karya tulisnya turut mengajak masyarakat supaya mencontohi Iran dengan mengambil pedoman ideologi Khomeini termasuk fahaman sesat kesyi’ahannya.
Jika kita teliti dengan saksama, di antara tujuan sebenar di sebalik aksi demonstrasi Iran tadi adalah bagi menghidupkan semula aqidah Wilayatul Faqih yang telah lama disenyapkan. Dalam kepercayaan Wilayatul Faqih ini, golongan Syi’ah Rafidhah yang pada ketika itu dipandu oleh Khomeini mengajak rakyat membangunkan kepimpinan ulama sebagai galang ganti kehilangan Imam 12 mereka.
Dalam doktrin aqidah Syi’ah Rafidhah, masyarakat sepatutnya dipimpin oleh para imam yang maksum, iaitu Imam yang 12. Dalam kepercayaan mereka, imam yang terakhir iaitu imam ke-12 telah hilang (ghaib) sejak tahun 329H. Namun mereka mendakwa nanti sang imam akan kembali sebagai al-Mahdi.
Sementara menunggu kepulangan imam yang ghaib tersebut, kumpulan ulama dan fuqaha mereka perlu tampil mengambil-alih kekhalifahan sebagai wakil atau pengganti imam mereka yang ghaib.
Sebab itulah jika kita lihat apa yang diamalkan Iran hari ini setelah kejayaan revolusi 1979 dan penguasaan Khomeini, sistem pemerintahan Iran didirikan berasaskan kepimpinan ulama di bawah konsep fahaman Wilayatul Faqih sebagai dewan tertinggi pemerintahan.
Termasuk dalam kedudukan Wilayatul Faqih adalah dewan elit para ulama selaku penjawat kedudukan tertinggi, penasihat spiritual, dan penentu dasar di Iran, lebih tinggi daripada Presiden dan Parlimen. Ketika ini, pucuk pimpinan tertinggi dewan Wilayatul Faqih dipegang oleh Ali Khameini. Manakala sistem demokrasi yang wujud di Iran hari ini sedikit pun tidak memberi kesan pengaruh dalam pembentukan kerajaan.
Menurut mereka, sesiapa yang menolak konsep Wilayatul Faqih ini, maka dia murtad, kafir, dan kekal di neraka. Para ulama dan imam Syi’ah di sisi mereka adalah maksum termasuk Khomeini.

Konsep Wilayatul Faqih di sisi
mereka sebenarnya adalah satu konsep yang menyama-tarafkan imam-imam
Syi'ah dengan para nabi, bahkan sehingga lebih hebat dari para nabi,
serta memiliki kuasa seperti tuhan! Ini jelas satu konsep yang kufur
akbar! Konsep ini bertepatan dengan doktrin ‘Abdullah B. Saba’ yang
mengajar masyarakat di zaman ‘Utsman supaya mendewakan, memaksumkan, dan
mempertuhankan Saidina ‘Ali B. Abi Thalib.
Kesan dan Hasil Revolusi
Kebangkitan Syi’ah rafidhah
berfahaman Imam 12 ini adalah khabar yang bakal menyemarakkan semula
malapetaka permusuhan di antara Ahlus Sunnah dengan golongan sesat
Syi’ah sejak zaman-berzaman. Perkara ini telah pun dan sedang berlaku
sekarang.
Antara buktinya, ketika perang dan penguasaan Amerika ke atas Afghanistan, Syi’ah Iran inilah yang menyalurkan bantuan sekaligus menjadi faktor utama kemenangan Amerika di sana. Ini diakui sendiri oleh tokoh Syi’ah Muhamed ‘Ali Abtahi.
Kemudian ketika serangan Amerika ke atas Iraq menentang Saddam Hussein, Syi’ah Iran jugalah yang membuka laluan dan bantuan kepada Amerika. Hasilnya, tanah jajahan Iraq kini dikuasai oleh Syi’ah Iran manakala hasil buminya seperti minyak dibolot Amerika. Umat Islam di Iraq dan Afghanistan pula habis dibunuh dengan kejam hampir setiap hari. Ada yang disembelih, ada yang dipanaskan dalam ketuhar, ada yang dicampakkan ke dalam api, ada yang disiksa, ada yang dipenjara, ada yang dirogol, dan seumpamanya. Al-Qur’an dan agama Islam pula dihina. Demikianlah dahsyatnya fitnah kaum Syi’ah Rafidhah!
Hari ini kita mungkin melihat umat Islam (Ahlus Sunnah) bebas beribadah di negara-negara lain termasuk negara kafir Amerika, tetapi sama sekali tidak dan bukan di Iran, terutamanya Tehran! Bahkan masjid-masjid ahlus sunnah habis dihancurkan.
Ini bukan suatu yang menghairankan sebenarnya, kerana di sisi aqidah Syi’ah darah dan harta umat Islam (ahlus sunnah wal-jama’ah) adalah halal. Bagi mereka, para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah kafir dan sesat secara umum. Oleh kerana itu, dalam karya-karya dan ucapan-ucapan mereka, para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in adalah orang yang sering mereka laknat dan caci. Perkara ini turut didedahkan dalam satu seminar berkaitan Syi’ah di al-Madinah International University (MEDIU) Shah Alam bertarikh 15 Mei 2011.
Demikianlah hasil sebuah demonstrasi sejak zaman awal Islam hingga hari ini. Ia tidak sedikitpun memberikan hasil, faedah dan maslahah ke atas umat Islam sama ada dari sudut agama mahupun tamadun. Bahkan ia menjadi senjata ampuh menghuru-harakan umat Islam melalui serangan tunjang-tunjang aqidah, pemikiran, dan emosi. Kerana dasar utama yang menghidupkan sesebuah demonstrasi itu sendiri adalah api kemarahan. Mengambil kesempatan di atas kejahilan masyarakat dengan memomokkan kesilapan dan kelemahan-kelemahan pihak pemerintah. Termasuk di dalamnya adalah penyebutan kelemahan pihak pemerintah yang sebahagian besarnya sengaja diada-adakan dan sebahagian lagi belum dapat dipastikan kesahihannya secara benar.
Emosi kemarahan yang tidak diatur dengan kefahaman aqidah yang benar, manhaj agama yang lurus, dan akhlak Islam yang sahih, nescaya akan menjadikan jiwa manusia mudah memberontak. Ditambah pula pada hari ini muncul begitu banyak sekali kumpulan-kumpulan pencetus api kemarahan rakyat di merata tempat. Mereka mengambil kesempatan memanipulasi pelbagai kelemahan dan isu-isu berkaitan pemerintahan (politik) bagi membangkitkan kemarahan di pihak rakyat.
Golongan masyarakat yang kosong jiwanya dan kurang kefahaman agamanya akan mudah terpengaruh lalu panas emosinya. Apabila ini berlaku, api kemarahan pun tercetus. Suasana seperti inilah akhirnya akan mendorong masyarakat untuk bangkit berdemonstrasi di jalan-jalan, bahkan mungkin sehingga ke tahap mencetuskan pergaduhan dan pemberontakan sekiranya tidak dikawal di peringkat awal.

Sedangkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
“Orang yang kuat itu bukanlah
yang dikenali dengan hebatnya berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah
yang mampu menguasai (menahan) dirinya ketika marah.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, 19/72, no. 5649)
Islam bukanlah agama yang
dikenali dengan api emosi dan kemarahan. Sebaliknya Islam adalah agama
yang penuh kebijaksanaan, kesabaran, dan kelembutan. Manakala bila
bertindak, ia akan bertindak dengan penuh maslahah iaitu dengan menjauhi
pelbagai mudharat dan kerosakan.
Demonstrasi Bukan Ajaran Islam
Demikianlah serba ringkas sejarah
amalan demonstrasi memprotes para pemimpin yang sebenarnya merupakan
syi’ar orang-orang kafir yang kemudiannya diikuti dan diamalkan oleh
golongan pemberontak (khawarij) di era awal sejarah umat Islam. Dari
sini kita mengetahui bahawa demonstrasi jalanan ini bukanlah termasuk
amalan yang dianjurkan mahupun yang diajarkan oleh Islam. Bahkan
sebaliknya amat bertentangan pula dengan apa yang telah disyari’atkan
oleh Islam.
Amalan demonstrasi merupakan satu
amalan yang baru yang diada-adakan (bid’ah) dalam agama berkaitan hal
mu’amalah terhadap pemerintah. Dari itu, berhati-hatilah dengan setiap
tindakan yang kita lakukan supaya tidak terjerumus ke dalam ideologi
kuffar (Yahudi dan Nashara), kaum jahiliyyah, syi’ah, dan ideologi
kelompok khawarij (pemberontak). Kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam telah berpesan dengan sabdanya:
لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ
قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا
جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ
وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
“Sesungguhnya akan ada dari
kalangan kamu (umat Muhammad) yang mengikuti jalan orang-orang sebelum
kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya
mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya.” Kami
(para sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan
itu (jalan) Yahudi dan Nashara?” Beliau menjawab, “Siapa lagi
(sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298, no. 6775)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu
kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka.” (Hadis Riwayat Abu
Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai hasan oleh Ibnu Hajar dan sahih oleh
al-Albani)
Di hadis yang lain, Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan dengan keras supaya melazimi
ketaatan kepada pemerintah dan tidak bertindak menzahirkan sikap
kepembangkangan secara umum dengan katanya:
من راى من اميره شيئا فكرهه فليصبر فانه ليس احد يفارق الجماعة شبرا فيموت الا مات ميتة جاهلية
“Sesiapa yang membenci sesuatu
dari tindakan amirnya (pemerintah), maka hendaklah dia bersabar, kerana
seseorang yang keluar dari ketaatan kepada pemerintah walaupun satu
jengkal, sekiranya dia mati, maka matinya adalah seperti matinya kaum
jahiliyyah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/51, no. 6610)
Ini adalah kerana orang-orang
jahiliyyah itu tidak memiliki pimpinan yang konsisten, tiada pegangan
agama yang utuh dan menyatukan, hidup mereka dikenali berpecah-belah
serta saling jatuh-menjatuhkan di antara satu dengan yang lain. Ini
disebutkan oleh al-Khaththabi dalam al-Uzlah, Imam an-Nawawi dalam
Syarah Shahih Muslim, dan Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H)
dalam Majmu’ Fatawanya.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan:
فَإِنَّ أَهْلَ الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَكُونُوا يَجْعَلُونَ عَلَيْهِمْ أَئِمَّةً؛ بَلْ كُلُّ طَائِفَةٍ تُغَالِبُ الْأُخْرَى
“Bahawasanya orang-orang
jahiliyyah tidak memiliki pemimpin (yang disepakati) yang mentadbir
urusan mereka, sebaliknya setiap kelompok saling bermusuhan
(menjatuhkan) di antara satu sama lain.” (Majmu’ al-Fatawa, 28/487 -
Daar al-Wafaa’)
Pemerintah yang dimaksudkan hadis
ini adalah merujuk kepada pemimpin (yang muslim) bagi setiap wilayah
atau negara yang didiami oleh umat Islam secara umum dan tidak khusus
untuk pemimpin bergelar khalifah di zaman tertentu semata-mata
sebagaimana dijelaskan oleh Imam ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat:
1182H) dalam Subulus Salam (3/258 - Maktabah Syamilah). Persoalan ini
telah penulis bahaskan dalam tulisan yang lain dengan judul “Memahami
Negara dan Pemimpin Umat Islam” dan “Bagaimana Ahlus Sunnah Menataati
Pemerintah.”
Unsur-unsur Pemberontakan
Perbuatan demonstrasi memprotes
pemimpin ini sendiri sebenarnya termasuk juga ke dalam ciri-ciri
pemberontakan sebagaimana dijelaskan oleh salah seorang ulama Anggota
Majlis Fatwa ‘Arab Saudi, Syaikh Dr. Soleh as-Sadlan hafizahullah dengan
katanya:
فالبعض من الإخوان قد يفعل هذا
بحسن نية معتقدا أن الخروج إنما يكون بالسلاح فقط، والحقيقة أن الخروج لا
يقتصر على الخروج بقوة السلاح، أو التمرد بالأساليب المعروفة فقط، بل إن
الخروج بالكلمة أشد من الخروج بالسلاح؛ لأن الخروج بالسلاح والعنف لا
يُرَبِّيه إلا الكلمة فنقول للأخوة الذين يأخذهم الحماس، ونظن منهم الصلاح
إن شاء الله تعالى عليهم أن يتريثوا، وأن نقول لهم رويدا فإن صلفكم وشدتكم
تربي شيئا في القلوب، تربي القلوب الطرية التي لا تعرف إلا الاندفاع، كما
أنها تفتح أمام أصحاب الأغراض أبوابا ليتكلموا وليقولوا ما في أنفسهم إن
حقا وإن باطلا. ولا شك أن الخروج بالكلمة واستغلال الأقلام بأي أسلوب كان
أو استغلال الشريط أو المحاضرات والندوات في تحميس الناس على غير وجه شرعي
أعتقد أن هذا أساس الخروج بالسلاح، وأحذر من ذلك أشد التحذير، وأقول
لهؤلاء: عليكم بالنظر إلى النتائج وإلى من سبقهم في هذا المجال، لينظروا
إلى الفتن التي تعيشها بعض المجتمعات الإسلامية ما سببها وما الخطوة التي
أوصلتهم إلى ما هم فيه، فإذا عرفنا ذلك ندرك أن الخروج بالكلمة واستغلال
وسائل الإعلام والاتصال للتنفير والتحميس والتشديد يُرَبِّي الفتنة في
القلوب
“Sebahagian daripada saudara kita
menyangka perkara tersebut (pemberontakan) adalah suatu yang baik.
Mereka menyangka bahawa yang dimaksudkan dengan al-khuruj (sifat
kepembangkangan dan pemberontakan) itu adalah dengan senjata, padahal
sebenarnya pemberontakan itu bukan semata-mata dengan senjata dan
tindakan kekerasan, tetapi termasuk juga dengan lisan (kata-kata).
Bahkan pemberontakan dengan lisan itu jauh lebih bahaya. Kerana
pemberontakan dengan lisan itu adalah laluan (printis) kepada
pemberontakan bersenjata. Kami katakan dengan penuh kejujuran kepada
saudara-saudara kami yang terbakar emosinya, kami menganggap mereka
berniat baik - insyaAllah. Namun, hendaklah mereka tidak terburu-buru
dan menahan diri. Kerana sikap ekstream mereka tersebut hanya akan
menumbuhkan sesuatu yang negatif dalam hati-hati mereka. Hati mereka
sebenarnya kosong (dari nilai ilmu) dan hanya mengenal sentimen
kemarahan (emosional). Tindakan mereka itu juga hanya akan membuka lebih
banyak lagi pintu-pintu kejahatan untuk bertindak dengan cara yang
batil.
Pemberontakan dengan kata-kata
seperti melalui tulisan, ceramah, seminar, dan media massa yang
mengandungi ciri-ciri menaikkan semangat membenci pemerintah adalah
termasuk ke dalamnya. Aku memberi peringatan kepada semua dengan
peringatan yang tegas. Aku katakan, lihatlah apa hasil yang diperolehi
dari setiap tindakan tesebut, dan fikirlah faktor-faktor penyebab
timbulnya fitnah ke atas negara-negara Islam. Apabila kita memahami
perkara tersebut, maka akan kita ketahui bahawa pemberontakan dengan
kata-kata dan media massa untuk menaikkan emosi masyarakat adalah punca
kepada pelbagai jenis fitnah (huru-hara).” (Rujuk: ‘Abdul Malik
Ramadhani al-Jazairi, Madarikun Nazhar fi as-Siyasah, m/s. 306-307.
Kitab ini disemak dan diperakui oleh Syaikh al-Albani dan Syaikh ‘Abdul
Muhsin al-‘Abbad al-Badr)
Bahkan sebelumnya Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) lebih tegas lagi. Beliau memberi amaran dengan menyatakan:
ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه
عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين
من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في
إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده
من طاعة الإمام
“Orang yang melakukan provokasi
dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka
wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan
perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga
berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka
berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang
yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya.
Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang
sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar
fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta
mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah
yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.”
(asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)
Di antara kesan-kesan buruk
amalan demonstrasi dan protes ini adalah mengganggu keamanan dan
ketenteraman masyarakat, menjatuhkan kredibiliti sesebuah pemerintahan
yang mengakibatkan kestabilan politik terganggu, pergaduhan, kerosakan
harta benda, kerugian, kesesakan lalu-lintas, melahirkan rasa takut
orang awam, dan banyak lagi yang lainnya. Sedangkan telah jelas dalam
al-Qur’an dan as-Sunnah, perkara-perkara seperti ini semua adalah amat
dibenci oleh agama.
Benarlah kata Imam Abu ‘Abdillah al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 671H):
والذي عليه الأكثر من العلماء أن
الصبر على طاعة الإمام الجائر أولى من الخروج عليه، لأن في منازعته والخروج
عليه استبدال الأمن بالخوف، وإراقة الدماء، وانطلاق أيدي السفهاء، وشن
الغارات على المسلمين، والفساد في الأرض.
“Apa yang dipegang oleh
kebanyakan dari para ulama’ bahawasanya sabar dalam mentaati pemerintah
yang zalim lebih utama dari keluar memberontak kepada mereka, kerana
memisahkan diri dan keluar memberontak itu akan menukarkan keamanan
kepada ketakutan, dan tertumpahnya darah yang disebabkan oleh
tangan-tangan orang yang bodoh dan hanya akan menyebarkan kefasadan
(keburukan) dalam kalangan umat Islam dan di atas muka bumi.” (Tafsir
al-Qurthubi, 2/109)
Mengabaikan Hak-hak Jalan
Sebahagian besar dari kita
mungkin pernah menyaksikan pelbagai aksi demonstrasi jalanan sama ada di
luar negara mahupun dalam negara kita Malaysia. Siapa yang tidak ingat
dengan peristiwa 1998 lalu. Kemudian peristiwa 2007. Begitu juga dengan
peristiwa 9 Julai 2011 baru-baru ini.
Demonstrasi jalanan telah menjadi
faktor terganggunya lalu-lintas dan sesaknya jalan-jalan milik awam.
Pelbagai lapisan masyarakat yang memiliki urusan di ibukota menjadi
panik, gusar, runsing, dan marah kerana pelbagai aktiviti yang telah
direncanakan terganggu.
Kita semua maklum bahawa
jalan-jalan yang disediakan adalah milik awam. Ia memiliki fungsi khas
bersama peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan demi kemaslahatan
bersama.
Dalam Islam sendiri jalan-jalan ini memiliki hak-haknya yang perlu ditunaikan.
Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu
‘anhu pernah mengkhabarkan sebuah hadis Nabi berkaitan hak-hak jalan.
Kata beliau, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ
فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا قَالَ فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلَّا الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ
قَالَ غَضُّ الْبَصَرِ وَكَفُّ الْأَذَى وَرَدُّ السَّلَامِ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ

“Janganlah kamu duduk-duduk di atas jalan.”
Maka mereka (para sahabat)
berkata, “Sesungguhnya kami perlu duduk-duduk untuk berbincang-bincang.”
Nabi menjawab, “Jika kamu tidak dapat berganjak melainkan perlu
duduk-duduk, maka berikanlah hak-hak jalan tersebut.” Mereka bertanya,
“Apa hak-hak jalan tersebut wahai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Menundukkan
pandangan, tidak mengganggu (atau menyakiti) orang, menjawab salam, dan
memerintahkan kepada yang ma’ruf serta mencegah dari kemungkaran.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 8/351, no. 2285)
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar
rahimahullah, “Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan
“menundukkan pandangan” adalah bagi mengisyaratkan keselamatan dari
fitnah kerana melintasnya para wanita (yang bukan mahram) ataupun
selainnya. Menyebutkan “tidak mengganggu (atau menyakiti) orang” untuk
mengisyaratkan supaya memelihara diri dari perbuatan menghina, mengata
orang lain, atau yang serupa. Menyebutkan perihal “menjawab salam” untuk
mengisyaratkan kewajiban memuliakan atau mengormati orang yang melalui
jalan tersebut. Menyebutkan perintah amar ma’ruf nahi mungkar bagi
mengisyaratkan kewajiban mengamalkan apa yang disyari’atkan dan
meninggalkan apa yang tidak disyari’atkan.” (Fathul Bari, 5/135)
Imam an-Nawawi rahimahullah pula
menjelaskan, “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengisyaratkan
tentang alasan larangan beliau (terhadap perbuatan duduk-duduk di
jalanan) bahawa perkara tersebut boleh mencampakkan ke dalam fitnah dan
dosa di ketika ada para wanita (yang bukan mahramnya) atau selainnya
yang melintasi mereka, sehingga membuatkannya memandang ke arah wanita
tersebut (secara bebas), atau membayangkannya, atau berprasangka buruk
kepadanya, atau terhadap sesiapa sahaja yang melintas.
Dan di antara bentuk mengganggu
(atau menyakiti) manusia adalah dengan menghina (atau mengejek) orang
yang melintas, mengumpat, atau selainnya, atau terkadang tidak menjawab
salam mereka, tidak melakukan amar ma’ruf nahi mungkar, serta
alasan-alasan lainnya yang bila dia berada di rumah dapat selamat dari
perbuatan seperti itu. Turut termasuk perbuatan menyakiti orang lain
adalah bila menyempitkan jalan orang-orang yang ingin melintas, atau
menghalang para wanita, atau selainnya yang ingin keluar menyelesaikan
keperluan mereka disebabkan ada orang-orang yang duduk di jalanan.”
(Syarah Shahih Muslim, 14/120)
Melalui hadis di atas berserta
penjelasannya oleh dua ulama tersebut sepatutnya kita semua dapat
mengambil iktibar. Jika duduk-duduk pun ditegur oleh Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam, maka apatah lagi dengan melakukan perbuatan
demonstrasi jalanan yang bukan sekadar duduk-duduk dan bincang-bincang!
Sebaliknya bertindak membangkitkan emosi rakyat untuk memprotes.
Bersama-sama mereka adalah kaum wanita, anak-anak, para gadis,
orang-orang kafir, dan seumpamanya. Mereka berhimpun sambil
bercampur-baur sesama mereka atas dasar emosi dan semangat memprotes.
Dari sini saja telah dapat kita
saksikan hak-hak jalan yang diperingatkan oleh Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam gagal mereka patuhi. Beberapa perkara boleh kita
persoalkan.
Antaranya adakah mereka dapat
menundukkan pandangan, sedangkan bersama-sama mereka ada anak-anak gadis
dan kaum wanita sama ada yang yang muslim mahupun yang kafir, yang
jahil mahupun yang fasiq. Sama ada yang menutup aurat atau sebaliknya.
Di manakah amar ma’ruf nahi mungkar dalam kalangan mereka sendiri?
Bagaimanakah mereka mencegah gejala ikhtilath dari berlaku sesama
mereka?
Sehingga kita juga akan bertanya,
di manakah rasa malu anak-anak gadis ini terutamanya yang muslimat
terhadap orang-orang yang saling memandang kepadanya tanpa sebarang
keperluan syar’i? Malah gambar-gambar mereka turut dirakam dan tersebar
seantero dunia menjadi tatapan jutaan manusia.
Dari sudut ini, urusan mereka
sendiri tampak kabur. Walupun demikian, mereka tetap terus sibuk
memprotes urusan orang lain dari menyibukkan kekurangan dan kelemahan
diri sendiri. Ibarat kuman diseberang laut sibuk diteropong, tetapi
gajah di depan mata buat-buat tak nampak.
Demonstrasi jalanan selain
mengganggu lalu-lintas, ia juga melanggar peruntukan perundangan
jalan-raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa atau pemerintah.
Sedangkan hukum mentaati pemerintah dalam urusan ini adalah wajib dan
melanggarnya adalah haram.
Kata Imam al-Mubarakfuri
rahimahullah, “Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang
sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul
Ahwadzi, 5/298)
Sebagaimana yang telah dapat kita
saksikan apabila jalan-jalan menjadi sesak dan terdapat pelbagai unsur
provokasi, pihak polis pasti akan dikerahkan bagi mengawal keadaan dan
keselamatan. Sekaligus berusaha menghalang dari berlaku sebarang
kemungkinan tidak diingini. Pihak pemerintah atau pihak berkuasa berhak
menetapkan larangan-larangan tertentu bagi mengelakkan sebarang
kemungkinan tidak baik dari berlaku.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menegaskan:
ويمنع من الاجتماع في مظان التهم
“Dan dia (pihak berkuasa) berhak
melarang mereka berhimpun di tempat-tempat yang dianggap boleh
menimbulkan tohmahan (atau tuduhan).” (Majmu’ al-Fatawa, 28/106)
Lebih dari kesesakan dan gangguan
lalu-lintas, demonstrasi jalanan juga turut melahirkan rasa takut di
kalangan orang awam. Ini dapat dilihat apabila para aktivis demonstrasi
yang berhimpun bersama-sama pengikut mereka sehingga ratusan, ribuan,
atau mungkin lebih dari itu. Mereka berjalan dengan penuh agresif sambil
terjerit-terjerit dan terpekik-terlolong. Malah mulut mereka sering
tidak lepas dari turut menghamburkan kata-kata caci, maki, provokasi,
celaan dan kejian.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengingatkan:
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
“Seseorang muslim (yang sempurna
keislamannya) adalah bila mana umat Islam lainnya selamat dari lidah dan
tangannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/149, no. 58)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga telah memberi amaran:
سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ
“Mencaci orang muslim adalah perbuatan fasiq dan membunuhnya (tanpa haq) adalah perbuatan kufur.” (Muttafaq ‘alaih)
Dan juga melalui sabdanya:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ
“Sesiapa yang beriman kepada
Allah dan hari Akhir (Kiamat), hendaklah ia berkata yang baik-baik atau
hendaklah ia diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 20/116, no. 5994)
Selain memenuhi hak-hak jalan,
satu lagi perkara penting yang sering diabaikan adalah sunnah
menghilangkan gangguan yang ada di jalanan.
Menghilangkan gangguan di
jalan-jalan termasuk salah satu tanda iman. Sesiapa yang sengaja
menghalang-halang jalan tanpa hak yang benar termasuk dengan mengadakan
demonstrasi jalanan yang tidak syar’i, ia sebenarnya telah menzahirkan
sikap bertentangan dengan sebahagian ciri-ciri iman.
Sehingga perbuatan mereka
tersebut menyebabkan pihak polis terpaksa dikerahkan berkawal di setiap
jalan-jalan berkaitan. Rasa takut, bimbang, marah, dan risau menguasai
para penguna jalan-raya apabila jalan-jalan ditutup dan banyak sekatan
dibuat.
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ
أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لَا إِلَهَ إِلَّا
اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الْأَذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ
شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ
“Iman itu tujuh puluh cabang
lebih atau enam puluh cabang lebih. Yang paling utama adalah ucapan “Laa
ilaaha illallah” dan yang paling rendah adalah menyingkirkan rintangan
(gangguan) dari jalanan. Dan rasa malu itu juga termasuk salah satu
cabang iman.” (Hadis Riwayat Muslim, 1/140, no. 51)
Tanyakan khabar iman kita. Sejauh
mana rasa malu yang kita miliki ini telah mampu menghalang dari
bermaksiat kepada Allah? Adakah iman kita saat ini mengarahkan kita
menunaikan hak-hak jalan dan menyingkirkan gangguan di jalanan? Jawab
sejujurnya pada diri masing-masing. Kerana apa yang pernah kita saksikan
dalam demonstrasi-demonstrasi jalanan lalu, ibukota negara terganggu
dengan kesesakan, kacau-bilau, malah hampir lumpuh operasi terutamanya
pada 9 Julai 2011 dan siri demonstrasi 1998.
Syubhat Demonstrasi
Sebahagian pihak dari kalangan
aktivis dan pembela aksi demonstrasi ada yang beralasan dengan pelbagai
syubhat yang mengelirukan untuk menyokong tindakan mereka yang telah
jelas bertentangan dengan agama. Antaranya, mereka beralasan bahawa
demonstrasi mereka dilaksanakan secara aman. Sedangkan, Islam sedikitpun
tidak pernah mengajarkan kepada umatnya untuk mengadakan demonstrasi
protes sama sekali sama ada yang aman atau kekerasan.
Alasan kedua mereka adalah
mengatasnamakan aksi demonstrasi dengan nama jihad dan dakwah. Secara
ringkasnya, ini juga sangat bertentangan dengan hadis Nabi Shallallahu
‘alaihi wa Sallam:
إن من أعظم الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر
“Sesungguhnya jihad yang besar
adalah perkataan yang adil (benar) yang disampaikan di sisi penguasa
yang zalim (diktator).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi,
8/83, no. 2100. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Hadis ini menyatakan sekiranya
kita mahu mendakwahi pemimpin, maka hendaklah kita melakukannya dengan
cara pergi ke sisi pemimpin tersebut dan memberi penjelasan dengan
terperinci. Bukan dengan cara berdemonstrasi, mencerca, dan mencanang
keburukan pemimpin di mimbar-mimbar mahupun di pentas-pentas jalanan.
Seharusnya kita faham bahawa yang dinamakan dakwah itu adalah mengajak
kepada kebaikan dengan cara yang baik juga.
Selain itu, mereka turut berhujah
menggunakan kisah Saidina ‘Umar dan Hamzah berdemonstrasi bersama-sama
Rasulullah ke atas kaum kafir Quraisy bagi tujuan menzahirkan
keberanian. Kisah ini sebenarnya adalah kisah yang batil dan lemah
sekali sehingga tidak boleh dijadikan sebagai sandaran hujah (atau
hukum) sebagaimana dijelaskan oleh para ulama hadis generasi awal dan
kontemporari.
Kisah yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut:
عن ابن عباس قال: سألت عمر: لاي شئ
سميت (الفاروق) ؟ قال: أسلم حمزة قبلي بثلاثة أيام، ثم شرح الله صدري
للاسلام فقلت: الله لا إله إلا هو له الاسماء الحسنى، فما في الارض نسمة
أحب إلي من نسمة رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقلت: أين رسول الله صلى
الله عليه وسلم؟ قالت أختي: هو في دار الارقم بن أبي الارقم عند الصفا،
فأتيت الدار وحمزة في أصحابه جلوس في الدار ورسول الله صلى الله عليه وسلم
في البيت: فضربت الباب، فاستجمع القوم ، فقال لهم حمزة: ما لكم؟ قالوا: عمر
بن الخطاب، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخذ بمجامع ثيابي ثم نترني
نترة فما تمالكت أن وقعت على ركبتي فقال: ما أنت بمنته يا عمر! فقلت: أشهد
أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، فكبر أهل
الدار تكبيرة سمعها أهل المسجد فقلت: يارسول الله! ألسنا على الحق إن متنا
وإن حيينا؟ قال: بلى! والذي نفسي بيده إنكم على الحق إن متم وإن حييتم!
قلت: ففيم الاختفاء؟ والذي بعثك بالحق لتخرجن فأخرجناه في صفين: حمزة في
أحدهما وأنا في الآخر، له كديد ككديد الطحين حتى دخلنا المسجد، فنظرت إلي
قريش وإلى حمزة، فأصابتهم كآبة لم صبهم مثلها، فسماني رسول الله صلى الله
عليه وسلم يومئذ (الفاروق)، وفرق الله بي بين الحق والباطل
Maksud: (Diriwayatkan) Daripada
Ibnu ‘Abbas, beliau bertanya kepada ‘Umar berkenaan gelaran al-Faruq.
‘Umar berkata: “Setelah tiga hari Hamzah memeluk Islam, kemudian Allah
pun melapangkan hatiku untuk memeluk agama Islam, lalu aku mengatakan:
“Allah, tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Dia,
Dia memiliki al-Asma’ al-Husna (nama-nama yang baik), tidak ada di bumi
seseorang yang lebih aku cintai melebihi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam”. Aku bertanya: “Di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam?” Saudara perempuanku menjawab: “Dia berada di rumah al-Arqam bin
Abi al-Arqam di as-Shofa”. Lalu aku mendatangi rumah tersebut, pada
waktu itu Hamzah bin Abdul Muthalib duduk bersama para sahabat Nabi
lainnya di lingkungan rumah, manakala Nabi berada di dalam rumah, lalu
aku ketuk pintu rumah. Ketika para sahabat Nabi mengetahui kedatanganku
mereka pun datang bergerombolan, lalu Hamzah bertanya kepada para
sahabat Nabi: “Apa yang terjadi dengan kalian?” mereka menjawab: “Ada
Umar bin Khattab”. Kemudian Umar meneruskan ceritanya: “Lalu Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang, dan memegang baju ‘Umar dan
mendorongnya, maka Umar pun terjatuh di atas kedua lututnya, lalu Nabi
bersabda: “Wahai Umar apa yang kamu inginkan?” Lalu aku menjawab: “Saya
bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar)
melainkan Allah sahaja, tiada sekutu baginya, dan aku mengakui bahawa
Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya”. Mendengar perkara ini, para
sahabat Nabi yang berkumpul bertakbir dengan takbir yang didengari
orang-orang yang berada di Masjidil Haram. Aku pun berkata kepada Nabi:
“Bukankah kita berada di atas kebenaran sama ada kita mati atau hidup?”
beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: “Benar, wahai Umar, demi
Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya kamu di atas
kebenaran sama ada kamu mati atau hidup”. Aku menyahut: “Lalu kenapa
kita bersembunyi, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran kita
akan keluar (secara terang-terangan menampakkan ke-Islaman)”. Lalu kami
pun keluar dalam dua barisan, Hamzah pada salah satu barisan dan aku
pada barisan lainnya. Sehingga kami memasuki Masjidil Haram (Ka’bah).
Maka orang-orang dari suku Quraisy melihat kepadaku dan kepada Hamzah,
lalu mereka pun bersedih hati dengan situasi ini dengan kesedihan yang
tidak pernah mereka alami sebelumnya. Maka, pada hari tersebut,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menggelarkan dengan al-Faruq.
Dengannya Allah membezakan di antara yang haq dan batil.”
Rujukan riwayat/kisah ini:
Abu Nu’aim al-Asbahani, di dalam al-Hilyatul Auliya’, 1/20, beliau membawakan sanad riwayat ini sebagai berikut:
حدثنا محمد بن أحمد بن الحسن،
حدثنا محمد بن عثمان بن أبي شيبة، حدثنا عبد الحميد بن صالح، حدثنا محمد بن
أبان، عن إسحاق بن عبد الله بن أبان بن صالح عن مجاهد، عن بن عباس
Kisah ini turut dibawa oleh Ali Ibn Abdul Malik al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanzul ‘Umal. Dijelaskan bahawa:
وفيه أبان بن صالح ليس بالقوى وعنه إسحاق بن عبد الله الدمشقي متروك
Dalam rangkaian sanadnya terdapat
Aban B. Soleh, dia tidak baik hafalannya. Dan meriwayatkan daripadanya
Ishaq B. ‘Abdullah ad-Dimasyqi, dia matruk (ditinggalkan hadisnya).
(Rujuk: Kanzul ‘Umal, 12/551, no. 35742)
Semakan terhadap riwayat atau kisah ini:
Ishaq B. ‘Abdullah B. Abi Farwah
meriwayatkan daripada Aban B. Soleh. Dijelaskan oleh al-Mizzi, Tahzibul
Kamal, 2/446, no. 367. Juga disebutkan tentangnya oleh Ibnu Hibban dalam
al-Majruhin, 1/131.
Berkenaan dengan Ishaq B.
‘Abdullah B. Abu Farwah (yang meriwayatkan daripada Aban B. Soleh) ini,
para ulama hadis telah menjelaskan bahawa:
1 – Imam al-Bukhari berkata, “Dia
ditinggalkan (hadisnya).” Imam Ahmad B. Hanbal melarang mengambil hadis
daripadanya dan dia tidak menulis (tidak mengambil) hadis darinya.
Yahya B. Ma’in menjelaskan, “Hadisnya tidak boleh diguna-pakai.” Ali B.
Al-Hasan al-Hasnajani berkata daripada Yahya, “Bahawa dia pendusta
(Kazzab).” (Rujuk: Tahzibul Kamal, 2/450-451, no. 367)
2 – Matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Imam an-Nasa’i, adh-Dhu’afa wa al-Matrukin, 1/154, no. 50)
3 – Beliau sering memutarbalikkan
riwayat (sanad), dari mursal menjadi kepada marfu’. Dan Imam Ahmad,
beliau melarang dari mengambil hadisnya. (Rujuk: Ibnu Hibban,
al-Majruhin, 1/131.
4 – Kazzab (pendusta), disebutkan
oleh Yahya B. Ma’in sebagaimana yang dibawakan oleh Ibnu Abi Hatim
ar-Razi di dalam al-Jarh wa at-Ta’dil, 2/228, no. 792.
5 – Berkenaan riwayat atau kisah
di atas, ia disentuh oleh Syaikh al-Muhaddis ‘Ali al-Hasyisy, dengan
katanya bahawa riwayat ini adalah palsu. Rujuk: Website Multaqa Ahl
Hadits: http://www.ahlalhdeeth.com/vb/archive/index.php/t-21684.html.
Kesimpulannya, kisah ini adalah tidak sahih, malah palsu (tidak dapat diterima pakai).
Sebaliknya apa yang jelas tampak
kepada kita adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para
sahabatnya (ridhwanullahim ajma’in) dahulu menghadapi karenah musuh yang
jauh lebih dahsyat lagi. Bukan sekadar pemerintah yang dianggap zalim
dan menindas. Tetapi juga kaum yang jauh lebih jahat dan keji,
terutamanya dari kalangan Yahudi dan Nashara. Sama ada ketika beliau
dalam keadaan lemah mahupun kuat. Sama ada ketika fasa Makkah mahupun
Madinah. Demikianlah juga dengan sejarah para Nabi yang lain. kita pun
tahu seringkali kebebasan mereka untuk bersuara dan menyebarkan agama
disekat setiap waktu. Tapi sedikitpun tidak pernah kita dengar dan
ketahui yang mereka mengajarkan praktik demonstrasi kepada umatnya.
Begitu juga ketika di zaman
khalifah yang empat. Juga setelah mereka di ketika zaman pemerintahan
Yazid, ‘Abdul Malik B. Marwan, dan al-Hajjaj. Sedikitpun tidak
kedengaran dari para ulama generasi sahabat dan tabi’in yang mengajak
dan mengumpulkan masyarakat agar keluar berdemonstrasi. Begitu juga
dengan ketika zaman kehebatan para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah
seperti Hasan al-Bashri, Sufyan ats-Tsauri, Malik, Abu Hanifah,
asy-Syafi’i, Ahmad B. Hanbal dan selainnya. Tidak pernah mereka mengajak
umat Islam supaya keluar berdemonstrasi menunjuk perasaan dalam
menghadapi satu-satu isu kemasyarakatan atau pemerintahan.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah
rahimahullah dalam perkara ini ada memberikan suatu kaedah penting bagi
menimbang maslahah dan mafsadah. Kata beliau:
فكل أمر يكون المقتضي لفعله على عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم موجودا لو كان مصلحة ولم يفعل يعلم أنه لبس بمصلحة
“Setiap pekara yang faktor
perlaksanaannya ada pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang
secara zahirnya tampak membawa maslahah tetapi tidak dilaksanakan oleh
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, maka jelaslah bahawa perkara
tersebut bukanlah termasuk maslahah.” (Ibnu Taimiyyah, Iqtidha’
ash-Shiraatal Mustaqiim, 1/279 – Maktabah Syamilah)
Kemudiannya, mereka (para aktivis
demonstrasi) juga berhujjah dengan tindakan ummul mukminun ‘Aisyah,
sahabat Talhah dan Zubair al-Awwam radhiyallahu anhum dalam perang Jamal
berhadapan dengan kepimpinan Ali radhiyallahu ‘anhu, serta tindakan
Mu’awiyah menyelisihi ‘Ali dalam urusan tahkim. Sedangkan apa yang perlu
kita fahami adalah prinsip ahlus sunnah wal jama’ah dalam menghadapi
pertikaian dalam kalangan sahabat adalah tawaqquf dan tidak membenarkan
perselisihan mereka serta tidak berhujah untuk mengikuti kesalahan (atau
kesilapan-kesilapan) mereka. Apatah lagi kesalahan tersebut telah
diingkari oleh majoriti sahabat yang lain dan diri mereka sendiri
kemudiannya. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam
adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H):
مَسِيْرَهَا يَوْمَ الجَمَلِ،
فَإِنَّهَا نَدِمَتْ نَدَامَةً كُلِّيَّةً، وَتَابَتْ مِنْ ذَلِكَ، عَلَى
أَنَّهَا مَا فَعَلَتْ ذَلِكَ إِلاَّ مُتَأَوِّلَةً، قَاصِدَةً لِلْخَيْرِ،
كَمَا اجْتَهَدَ طَلْحَةُ بنُ عُبَيْدِ اللهِ، وَالزُّبَيْرُ بنُ
العَوَّامِ، وَجَمَاعَةٌ مِنَ الكِبَارِ - رَضِيَ اللهُ عَنِ الجَمِيْعِ
“Aisyah telah mengakui
kesalahannya keluar (melakukan perjalanan) sehingga tercetusnya perang
Jamal dan beliau sangat menyesali tindakannya tersebut. Beliau bertaubat
dari perbuatannya yang telah lalu yang asal mulanya berniat mencari
kebaikan sebagaimana ijtihad Thalhah B. ‘Abdullah dan az-Zubair
al-‘Awwam serta para sahabat lainnya.” (adz-Dzahabi, Siyar A’lam
an-Nubala’, 2/193)
Malah jauh lebih awal dari itu,
apa yang didakwa oleh para aktivis demonstrasi pada hari ini telah pun
dinafikan oleh Imam Ibnu Hazm al-Andalusi rahimahullah (Wafat: 456H)
dengan katanya:
وأما أم المؤمنين والزبير وطلحة
رضي الله عنهم ومن كان معهم فما أبطلوا قط إمامة علي ولا طعنوا فيها ولا
ذكروا فيه جرحة تحطه عن الإمامة ولا أحدثوا إمامة أخرى ولا جددوا بيعة
لغيره هذا ما لا يقدر أن يدعيه أحد بوجه من الوجوه بل يقطع كل ذي علم على
أن كل لك لم يكن فإذ لا شك في كل هذا فقد صح صحة ضرورية لا إشكال فيها أنهم
لم يمضوا إلى البصرة لحرب علي ولا خلافا عليه ولا نقضا لبيعته
فصح أنهم إنما نهضوا إلى البصرة لسد الفتق الحادث في الإسلام من قتل أمير المؤمنين عثمان رضي الله عنه
فصح أنهم إنما نهضوا إلى البصرة لسد الفتق الحادث في الإسلام من قتل أمير المؤمنين عثمان رضي الله عنه
“Manakala pemergian Ummul
Mukminin (‘Aisyah), az-Zubair, dan Thalhah radhiyallahu ‘anhum berserta
orang-orang yang bersama mereka (ke Bashrah), mereka sedikitpun tidak
bertujuan untuk membatalkan kekhalifahan ‘Ali, mereka sedikitpun tidak
mencabar jawatan tersebut, mereka tidak memperkatakan sebarang kecacatan
yang merendahkan beliau daripada jawatan tersebut, mereka tidak
bertujuan mengangkat khalifah yang baru yang lain dan mereka tidak
menukar (memperbaharui) bai’ah kepada sesiapa yang lain. Ini adalah
suatu yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun dengan apa cara
sekalipun. Kebenaran sebenar yang dikehendaki yang tidak dipertikaikan
padanya adalah mereka tidak pergi ke Bashrah untuk memerangi ‘Ali atau
menentangnya atau mencabut bai‘ah (ketaatan) daripadanya...
Maka yang sebenarnya, mereka
berangkat ke Basrah tidak lain adalah untuk menyekat (membendung) dari
terjadinya perpecahan dalam Islam disebabkan peristiwa pembunuhan Amirul
Mukminin ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu.” (Ibnu Hazm, al-Fishal fil Milal
wa an-Nihal, 4/238 - Daar al-Jil)
Beliau (Ibnu Hazm) turut menjelaskan berkenaan isu perselisihan Mu’awiyah dengan ‘Ali radhiyallahu ‘anhuma dengan katanya:
ولم ينكر معاوية قط فضل علي
وإستحقاقه الخلافة لكن اجتهاده أداه إلى أن رأى تقديم أخذ القود من قتلة
عثمان رضي الله عنه على البيعة ورأى نفسه أحق بطلب دم عثمان
“Dan Muawiyah sedikit pun tidak
mengingkari keutamaan dan hak ‘Ali untuk menjadi khalifah. Namun pada
ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pencetus api
fitnah dari kalangan para pembunuh ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu berbanding
urusan bai’ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya adalah yang paling
berhak untuk menuntut darah Utsman.” (Ibnu Hazm, al-Fishal fil Milal wa
an-Nihal, 4/240-241 - Daar al-Jil)
Satu perkara penting untuk
diketahui berkenaan fitnah yang mengakibatkan perselisihan di kalangan
mereka (sahabat) ini adalah kerana wujudnya pihak ketiga (iaitu kelompok
yang sama yang terlibat dalam pembunuhan ‘Utsman) yang bertindak
sebagai pencetus api fitnah yang melaga-lagakan keduanya. Pertembungan
yang berlaku ini tercetus tanpa sebarang niat buruk dan tanpa
disengajakan, yang asalnya niat mereka semua adalah perdamaian dalam
mengahadapi fitnah perpecahan (dalam kalangan masyarakat) ekoran
peristiwa pembunuhan Saidina ‘Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu.
Bahkan bukan tujuan mereka sama sekali untuk berselisih dan
bertelingkah. Kedua-dua mereka sendiri sama sekali tidak mengetahui apa
sebenarnya yang telah berlaku ketika itu. Inilah yang disebutkan oleh
para ulama dan ahli sejarah yang adil dari kalangan Ahlus Sunnah
wal-Jama’ah.
Ini antaranya sebagaimana disebutkan oleh al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) melalui perincian catatannya:
وبات الناس بخير ليلة، وبات قتلة
عثمان بشر ليلة، وباتوا يتشاورون وأجمعوا على أن يثيروا الحرب من الغلس،
فنهضوا من قبل طلوع الفجر وهم قريب من ألفي رجل فانصرف كل فريق إلى
قراباتهم فهجموا عليهم بالسيوف، فثارت كل طائفة إلى قومهم ليمنعوهم، وقام
الناس من منامهم إلى السلاح، فقالوا طرقتنا أهل الكوفة ليلا، وبيتونا
وغدروا بنا، وظنوا أن هذا عن ملا من أصحاب علي فبلغ الامر عليا فقال: ما
للناس ؟ فقالوا، بيتنا أهل البصرة، فثار كل فريق إلى سلاحه ولبسوا اللامة
وركبوا الخيول، ولا يشعر أحد منهم بما وقع الامر عليه في نفس الامر
“Pada malam tersebut (sebaik
sebelum tercetusnya fitnah perang Jamal) kedua-dua belah pihak bermalam
dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Tetapi para pembunuh Utsman (orang
ketiga selaku pencetus api fitnah) melalui malam tersebut dengan keadaan
yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk
mencetuskan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum
terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Setiap kelompok
masing-masing bergabung bersama-sama pasukannya lalu menyerang mereka
(pasukan ‘Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya
untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan ‘Aisyah) bangun dari
tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata, “Penduduk Kufah
(pasukan ‘Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”
Mereka (pasukan Aisyah) pun
menyangka (beranggapan) bahawa orang-orang yang menyerang mereka
tersebut berasal dari pasukan ‘Ali. Suasana hura-hara tersebut pun
sampai ke pengetahuan ‘Ali, lalu beliau bertanya, “Apa yang berlaku
kepada orang-orang?” Mereka menjawab, “Penduduk Basrah (pasukan ‘Aisyah)
menyerang kita!”
Maka kedua-dua pihak mengangkat
senjata masing-masing, mengenakan kelengkapan perang, dan menaiki kuda
masing-masing. Tidak ada seorang pun yang menyedari apa sebenarnya yang
telah berlaku (ketika itu).” (Ibnu Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah,
7/267 - Maktabah Syamilah)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) turut menyebutkan perkara yang sama:
القتلة فحملوا على عسكر طلحة
والزبير فظن طلحة والزبير أن عليا حمل عليهم فحملوا دفعا عن أنفسهم فظن على
أنهم حملوا عليه فحمل دفعا عن نفسه فوقعت الفتنة بغير اختيارهم وعائشة رضي
الله عنها راكبة لا قاتلت ولا أمرت بالقتال هكذا ذكره غير واحد من أهل
المعرفة بالأخبار
“Mereka (para pembunuh ‘Utsman)
menyerang khemah Thalhah dan az-Zubair. Lalu Thalhah dan az-Zubair
menyangka bahawa ‘Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang
kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya ‘Ali pula menyangka bahawa
mereka (Thalhah dan az-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali
untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia
menjadi pilihan mereka (kedua-dua belah pihak). Manakala ‘Aisyah
radhiyallahu 'anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak
menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan
oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah
(Ahlul-Ma’rifat bi al-Akhbar).” (Minhajus Sunnah an-Nabawiyyah fi Naqd
Kalam asy-Syi‘ah wa al-Qadariyyah, 4/317, Tahqiq: Muhammad Rasyad Salim,
Mu’assasah al-Qurthubah, 1406H)
Beliau juga menegaskan:
فإن عائشة لم تقاتل ويم تخرج لقتال
وإنما خرجت لقصد الإصلاح بين المسلمين وظنت أن في خروجها مصلحة للمسلمين
ثم تبين لها فيما بعد أن ترك الخروج كان أولى فكانت إذا ذكرت خروجها تبكي
حتى تبل خمارها
“Sesungguhnya ‘Aisyah tidak
diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi
hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya
terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas
baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah yang paling benar.
Maka setelah itu apabila sahaja beliau teringat kembali pemergiannya
itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” (Minhajus
Sunnah an-Nabawiyyah fi Naqd Kalam asy-Syi‘ah wa al-Qadariyyah, 4/316,
Tahqiq: Muhammad Rasyad Salim, Mu’assasah al-Qurthubah, 1406H)
Akhir sekali, ada juga dari
kalangan aktivis demonstrasi ini yang menyamakan tindakan mereka seperti
perhimpunan umat Islam pada setiap hari Jumaat dan perhimpunan haji di
Baitullah dengan tujuan menzahirkan rasa penghambaan kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala. Analogi mereka ini ternyata begitu batil dan sangat
menyimpang dari kebenaran kerana mana mungkin sebuah perhimpunan ibadah
yang disyariatkan oleh Allah hendak disamakan dengan amalan demonstrasi
(protes) yang jelas bertentangan dengan garis-garis Islam? Ini tampak
begitu jelas sebagai suatu tindakan tidak bertanggungjawab memanipulasi
dalil-dalil dan ritual-ritual ibadah tertentu yang tiada kena mengena
untuk menghalalkan demonstrasi jalanan dengan apa cara sekalipun.
Maka, hendaklah kita kembali
kepada Islam yang jelas sumber-sumber dalilnya daripada al-Qur’an dan
as-Sunnah yang difahami melalui perkataan para ulama ahlus sunnah
wal-jamaah. Jauhilah sikap dan tindakan yang dibina dengan teras emosi
dan hawa nafsu. Inilah di antara kaedah-kaedah penting yang perlu
sama-sama kita ambil dalam menyelesaikan pelbagai kemelut fitnah yang
melanda umat Islam akhir-akhir ini. Bukan sahaja dalam persoalan
demonstrasi, tetapi juga dalam pelbagai isu lainnya. Wallahu a’lam.
Tulisan Berkaitan Sebagai Rujukan dan Tambahan Maklumat:
Wallahu a’lam…
No comments:
Post a Comment