Thursday, 3 January 2013

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga)

Dikeluarkan pada: 07:30pm pada 03 Januari 2013

SEKSYEN A

Dikemaskini pada: 05:21pm, pada 03 Januari 2013

1) Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai), Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 4 Januari 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

2) Lekukan tropika telah dicerap pada kedudukan 8.9 Utara, 120.9 Timur dengan kelajuan angin di antara 50-60 kmsj dan bergerak ke arah Barat. Sehubungan dengan itu ribut petir yang menyeluruh dijangka akan berlaku di negeri Sabah: Bahagian Sandakan (Daerah Beluran, Kinabatangan dan Sandakan), Tawau (Daerah Lahad Datu) dan Kudat (Daerah Pitas, Kudat dan Kota Marudu) bermula malam ini, 3 Januari 2013 sehingga Jumaat, 4 Januari 2013.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan angin.

SEKSYEN B

KEMASKINI AMARAN : 07:30pm pada 03 Januari 2013

Ribut petir dan hujan lebat di negeri Sabah : Bahagian Pantai Barat (Daerah Kota Belud dan Tuaran); dan Sarawak : Bahagian Miri (Daerah Marudi), Kapit (Daerah Belaga) dan Sibu (Daerah Selangau dan Kanowit) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa 3 Januari 2013.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pantai Barat (Daerah Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar) dan WP Labuan.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang.

No comments:

Post a Comment