Monday, 7 January 2013

Ahmad Maslan : Tsunami Politik Sudah Berakhir.

TELUK INTAN, 7 Jan. - Tsunami politik di Negara ini sudah berakhir apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan pelbagai perubahan demi membela rakyat tanpa mengira kaum.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata punca tsunami politik berakhir berdasarkan 10 perkara yang dilakukan Najib antaranya program janji ditepati, transformasi, keadilan kepada semua dan hebat di pentas dunia.

"Datuk Najib ini memang telah menghentikan tsunami politik...pada 2008 kita khuatir ada tsunami politik, tetapi 2013 saya yakin ia sudah lama berhenti sejak empat tahun," katanya kepada Bernama selepas program Sepagi Bersama Rakyat di Perumahan Awam Karentina, Batak Rabit, di sini semalam.

Katanya pencapaian yang dilakukan Najib sepanjang menjadi Perdana Menteri selama tiga tahun lapan bulan itu sangat baik kerana ia memberi semangat dan keyakinan baharu dalam menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Justeru, beliau yakin BN boleh menang pada PRU-13 termasuk di kawasan Teluk Intan apabila rakyat tidak mengira kaum mula yakin dengan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment