"Saya sudah lama menunggu saat ini. Saya sudah lama bermimpi untuk beraksi di Olimpik. Sekarang saya sudah mendapat peluang itu dan mahu mencatat keputusan terbaik.
"Bukan semua boleh bertanding di temasya ini dan kenapa saya harus melepaskan peluang terbaik ini," katanya selepas menamatkan latihan terakhir di Lapang Sasar The Royal Artillery Barracks Woolwich, semalam.
Pagi ini (kira-kira tiga petang waktu Malaysia) dia akan turun ke gelanggang untuk melakukan 40 bidikan dalam sesi kelayakan acara 10 meter air rifle individu wanita untuk memburu lapan kedudukan teratas daripada 59 penembak untuk layak ke final.
Dia juga harus bangga menjadi wanita pertama untuk mewakili negara dalam acara menembak di Olimpik.
Apabila diajukan persoalan mengenai peluang dia untuk hadir dalam kelompok lapan terakhir, pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2010 itu sekadar berkata: "Di sini semua 59 penembak ada peluang untuk layak dan saya juga antara mereka."
Tidak dinafikan Suryani masih diganggu dengan komen dan kritikan kenapa dia masih mahu bertanding ketika mengandung anak pertama pada saat getir ini . Tapi dia mahu melupakan isu itu untuk tempoh satu jam 15 minit apabila beraksi dalam pusingan kelayakan, hari ini.
Padanya dia layak atas merit dan itu adalah haknya untuk bertanding di London.
Secara sinis dia berkata: "Kalau saya dapat satu kampit beras kenapa saya nak kasi orang lain. Saya sendiri tak ada beras wajar kampit beras itu saya ambil."
Acara menembak disertai itu adalah yang acara pingat pertama dalam temasya kali ini dan dia harus terbayang Sukan SEA 2011 di Palembang apabila dia juga menyumbang pingat emas pertama untuk negara dalam acara pertama temasya berkenaan.
Sementara itu, kunjungan Chef de Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid ke lapang sasar, semalam harus menyuntik semangat baru kepada atlit negara itu untuk tampil memberi persembahan terbaik walaupun akur dia menggalas tekanan dalam situasi sekarang.
No comments:
Post a Comment