
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penentuan harga dibuat mengikut kesesuaian untuk memastikan penawaran harga yang berpatutan kepada pengguna dan peniaga.
Menurutnya, ia ditentukan berdasarkan pada pemantauan harga di semua daerah bermula Januari hingga September lalu.
“Peniaga diwajibkan menjual harga barang terkawal mengikut harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan mereka perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu ke atas barang yang dikawal,” katanya.
Ismail Sabri berkata, adalah diingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya ada peniaga gagal mematuhi peraturan di bawah skim tersebut.
Tambahnya, anggota penguat kuasa dan pegawai pemantau harga akan di tempatkan di lokasi yang menjadi tumpuan ramai.
(ARTIKEL DARI DARI SINAR HARIAN)
No comments:
Post a Comment