KUALA LUMPUR 12 Jan - Penganjur Kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat
(#KL112) menyifatkan perhimpunan kali ini sebagai simbolik untuk
menuntut kemerdekaan kali kedua.
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata,
pemilihan lokasi perhimpunan kali ini di pilih kerana stadium tersebut
pernah melakarkan sejarahnya tersendiri.
"Perhimpunan ini seperti menuntut kemerdekaan kedua kerana Stadium
Merdeka yang pernah melakarkan sejarah pembebasan Tanah Melayu dari
penjajah," katanya.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 peserta yang di hadapan Masjid Negara tadi.
Sebelum ini, kenyataan dikeluarkan bahawa stadium tersebut hanya hanya
mampu menampung jumlah maksimum 30,000 orang pada satu masa.
Terkini, seramai 25 Ribu peserta #KL211 telah memenuhi Stadium Merdeka
menanti Ucapan dari beberapa Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat
termasuklah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment